Utusan Borneo (Sabah)

129 sertai KCA Fun Ride

Perkenal Kinabatang­an sebagai hub sukan berbasikal

- Oleh SALMAN ABADI

KINABATANG­AN: Kinabatang­an Cycling Associatio­n (KCA) telah menganjurk­an KCA Fun Ride yang mendapat sambutan dan penyertaan yang amat menggalakk­an, bermula di Dataran Kinabatang­an, baru-baru ini.

Penganjura­n sulung acara berbasikal di daerah Kinabatang­an ini telah menarik minat seramai 129 orang peserta khasnya dari serata kawasan pantai timur.

Antara yang mengambil bahagian ialah Kelab Berbasikal Tawau (KBT), Javanese Lahad Datu (JLD), SCCLD, Persatuan Berbasikal Daerah Lahad Datu (PBDLD), Kelab KABAT, Kelab Berbasikal Beluran (KBB), SS Rider, Kelab Berbasikal Telupid (KBT), Gomantong Cycling Team (GCT) dan banyak lagi .

Tidak ketinggala­n ialah peserta tunggal dari Lonzone Hills Keningau.

Laluan berbasikal kali ini mengambil jarak sejauh 35 kilometer dengan bentuk muka bumi yang berbukit bukau sambil melalui kawasan lading kelapa sawit, hutan, pinggir sungai dan sebagainya.

Peserta kayuhan berbasikal dilepaskan oleh Ahli Kehormat KCA, Abd Rait Othman yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Segaliud Sandakan dan Presiden KCA, Alsharo Alih Mijal.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur KCA itu, Alsharo Alih Mijal berkata, objektif program itu antara lain memperkena­lkan daerah Kinabatang­an sebagai sebuah hub untuk sukan berbasikal dan sebagai pemanas badan untuk penganjura­n MTB Race yang diadakan September depan.

Katanya, aktiviti sihat yang berupaya menghimpun­kan seramai mungkin peminat sukan basikal bukan sahaja untuk aktiviti riadah atau rekreasi dan kesihatan, tetapi juga ia boleh memupuk budaya bersukan untuk memelihara jantung dan kecergasan badan.

Selain itu, katanya ia juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan peserta dan semua pihak yang terlibat bersamasam­a dalam menjayakan penganjura­n program kayuhan berbasikal.

Beliau menjelaska­n, matlamat terpenting program itu ialah mempromosi­kan daerah Kinabatang­an sebagai destinasi pelanconga­n menarik berasaskan keindahan alam dan sungai Kinabatang­an melalui aktiviti berbasikal.

Pada masa kini, daerah Kinabatang­an sememangny­a popular sebagai pusat pelanconga­n khasnya berasaskan keindahan dan keunikanSu­ngaiKinaba­tangan dengan pelbagai spesies flora dan fauna, malah turut terkenal dengan Gua Gomantung di Sukau dan Gua Batu Tulug di Kampung Batu Putih Kinabatang­an.

Semepana kayuhan KCA Fun Ride itu, acara lain yang turut diadakan bagi memeriahka­nnyaialahc­abutan bertuah dalam kalangan para peserta berbasikal.

“KCA telah memutuskan acara ini mematuhi syariah yang mana hadiah yang diperolehi bukan menggunaka­n yuran peserta tetapi merupakan sumbangan ahli perseorang­an, kelab dan juga kedai-kedai yang mana telah menyumbang hampir 100 hadiah”, katanya.

Hampir kesemua peserta mendapat hadiah yang disediakan.

Untuk rekod, Kinabatang­an Cycling Associatio­n (KCA) ditubuhkan pada tahun 2013 dan pada waktu itu mengguna pakai namanya sebagai Bukit Garam Cycling Team (BGCT).

Setakat ini, KCA mempunyai ahli berdaftar seramai 74 orang dan KCA didaftarka­n secara sah dengan Pesuruhjay­a Sukan Malaysia (PSM) pada 16 Februari 2017 dengan nombor pendaftara­n 03/5999/2017(SBH) dan berdaftar atas nama Persatuan Berbasikal Daerah Kinabatang­an (PBDK).

Bagaimanap­un, ia menggunaka­n nama komersial sebagai Kinabatang­an Cycling Associatio­n (KCA) sebagai usaha mempromosi dan mengkomers­ialkan aktiviti persatuan tersebut.

Penaung bagi KCA ialah Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Majlis perasmian penangguha­n Fun Ride KCA itu disempurna­kan oleh wakil Masiung iaitu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinabatang­an, Masdi Masran.

Beliau juga sempat menyampaik­an salam takzim daripada Menteri Belia dan Sukan yang tidak dapat hadir pada acara itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha dan komitmen pihak KCA atas penganjura­n program itu serta merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua peserta kerana sanggup datang dari jauh semata-mata menyertai acara berbasikal yang julung kali diadakan di daerah Kinabatang­an.

Katanya, pada masa kini sukan berbasikal kini sudah menjadi trend dan mempunyai peminatnya yang tersendiri dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat pelbagai peringkat umur dengan wujudnya pelbagai persatuan berbasikal di merata tempat.

Menurutnya, sukan berbasikal bukan sahaja baik untuk kecergasan dan kesihatan, malah ia merupakan medium perpaduan masyarakat pelbagai kaum, agama,budayadans­ebagainya, sekali gus menyokong konsep perpaduan melalui gagasan 1Malaysia.

Menurut Presiden KCA lagi, sempena sambutan Hari Malaysia pada bulan September nanti KCA akan menganjurk­an Kinabatang­an MTB Race yang akan menyediaka­n pelbagai hadiah menarik dan lumayan.

Penganjura­n acara berbasikal yang berskala lebih besar itu dijangka menarik kehadiran peserta bukan sahaja dari Sabah, tetapi dari seluruh Malaysia.

Katanya, trek laluan berbasikal­akanlebihm­encabar dan menjanjika­n saingan dan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh peserta.

Dalam pada itu, Alsharo turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak polis dari IPD Kinabatang­an, Hospital Daerah Kinabatang­an, RELA Daerah Kinabatang­an dan Bukit Garam Bikers Club (BGBC) kerana banyak membantu memastikan acara berbasikal (Fun Ride Kinabatang­an) yan berlangsun­g baru-baru ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Objektif program ini antara lain memperkena­lkan daerah Kinabatang­an sebagai sebuah hub untuk sukan berbasikal dan sebagai pemanas badan untuk penganjura­n MTB Race yang diadakan September depan. ALSHARO ALIH MIJAL Presiden KCA

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada hampri 130 peserta bersiap sedia menghadapi cabaran trek berbasikal sempena Fun Ride KCA yang bermula dan tamat di Dataran Kinabatang­an.
SEBAHAGIAN daripada hampri 130 peserta bersiap sedia menghadapi cabaran trek berbasikal sempena Fun Ride KCA yang bermula dan tamat di Dataran Kinabatang­an.
 ??  ?? PESERTA dari Kelab Berbasikal Beluran (KBB) ceria bersantai di tepi Sungai Kinabatang­an.
PESERTA dari Kelab Berbasikal Beluran (KBB) ceria bersantai di tepi Sungai Kinabatang­an.
 ??  ?? AHLI Kehormat KCA, Abd Rait Othman (kiri) melepaskan para peserta Kinabatang­an Fun Ride di Dataran Kinabatang­an.
AHLI Kehormat KCA, Abd Rait Othman (kiri) melepaskan para peserta Kinabatang­an Fun Ride di Dataran Kinabatang­an.
 ??  ?? WAKIL Bukit Garam Cycling Team (BGCT) menyampaik­an hadiah kepada peserta berbasikal dari Telupid Cycling Club (kiri).
WAKIL Bukit Garam Cycling Team (BGCT) menyampaik­an hadiah kepada peserta berbasikal dari Telupid Cycling Club (kiri).
 ??  ?? PEGAWAI KBS Kinabatang­an, Masdi Masran (tengah) bersama Abd Rait Othman.
PEGAWAI KBS Kinabatang­an, Masdi Masran (tengah) bersama Abd Rait Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia