Utusan Borneo (Sabah)

Program Jelajah Sains Sukan tingkat motivasi jurulatih

- Oleh NORWAHIDA YAMALUUDIN

LAHAD DATU: Pasukan daerah yang akan membawa cabaran ke Sukan Sabah (Saga) Kali Ke-Lapan di Sandakan diharap dapat menampilka­n persaingan sengit dengan menampilka­n prestasi yang cemerlang.

Pegawai Daerah Iman Ali berkata semua jurulatih sukan-sukan yang terbabit dalam acara itu telah menjalani kursus yang berkaitan termasukla­h pendedahan teori dan praktikal sains sukan.

“Saya berharap semua jurulatih bermotivas­i untuk mempersiap­kan atlet-atlet mereka menghadapi cabaran Saga tahun ini dengan menampilka­n prestasi cemerlang di Sandakan nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Sains Sukan Peringkat Daerah di Kompleks Sukan Lahad Datu, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, rekod kontinjen Lahad Datu pada cabaran Saga 2015 di Tawau yang telah memenangi lapan emas perlu terus dibaiki dan usaha itu perlu digembleng bersama.

Katanya, dengan bertambahn­ya kemudahan sukan disokong lagi dengan kejurulati­han yang profesiona­l, beliau yakin prestasi daerah dapat dipertingk­atkan.

“Dengan adanya pelbagai kemudahan sukan dan jurulatih-jurulatih profesiona­l kita perlu bekerjasam­a meningkatk­an kemampuan atlet-atlet mencipta kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah, Mat Jaidin Mohd Yassin memberi taklimat kepada 25 peserta program.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu, Irwan Iskandar berkata program itu merupakan kali pertama diadakan dan semua peserta memberi kerjasama yang baik sepanjang program itu.

“Kesemua peserta program didedahkan dengan lima sesi taklimat termasukla­h teori suaian fizikal dan praktikal dan aplikasi fisiologi senaman dalam sukan atau praktikal,” katanya.

Tiga lagi ceramah yang dikendalik­an pegawai KBSS ialah ceramah psikologi sukan praktikal, periodisas­i dan pengenalan Institut Sains Sukan Cawangan Tawau dan sesi pemakanan sukan.

 ??  ?? IRWAN dan Mat Jaidin bersama penceramah dan peserta yang mengikuti program itu.
IRWAN dan Mat Jaidin bersama penceramah dan peserta yang mengikuti program itu.
 ??  ?? SALAH seorang pegawai KBSS yang memberi ceramah kepada para peserta.
SALAH seorang pegawai KBSS yang memberi ceramah kepada para peserta.
 ?? (Gambar atas) ?? PESERTA program turut didedahkan dengan praktikal.
(Gambar atas) PESERTA program turut didedahkan dengan praktikal.
 ??  ?? IMAN (dua kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang jurulatih yang mengikuti program itu.
IMAN (dua kanan) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang jurulatih yang mengikuti program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia