Utusan Borneo (Sabah)

Rashford cemerlang

Gol sepakan percumanya bantu United tewaskan Celta Vigo 1-0

-

VIGO: Tendangan percuma Marcus Rashford yang cantik 23 minit sebelum tamat mencerahka­n peluang Manchester United untuk mara ke perlawanan akhir Liga Europa dengan kemenangan 1-0 yang sukar di Celta Vigo kelmarin.

Penjaga gol Celta, Sergio Alvarez, memastikan kelab Sepanyol itu masih ada peluang sebelum waktu rehat dengan beberapa aksi cemerlang untuk menyelamat­kan gawang daripada cubaan Rashford, Henrikh Mkhitaryan dan Jese Lingard.

Bagaimanap­un, dia dikeliruka­n oleh tendangan percuma Rashford apabila United mengambill­angkahbesa­rkearah perlawanan akhir di Stockholm pada 24 Mei. Pengurus United Jose Mourinho memuji bintang remajanya yang telah tampil untuk mengisi ketiadaan penjaring terbanyak Zlatan Ibrahimovi­c akibat kecederaan ligamen krusiat. “Dia seorang budak berusia 19 tahun yang amat menyukai bola sepak,” kata Mourinho. “Dia berusaha, dia matang dan apa yang penting bukan usianya tetapi kualitinya.”

Gol ke-11 Rashford pada musim ini adalah ganjaran yang adil bagi penguasaan United apabila mereka semakin menghampir­i bukan sahaja prestij memenangi Liga Europa buat pertama kali, tetapi juga ganjaran jaminan bermain bola sepak dalam Liga Juara-Juara pada musim depan selaku juara.

“Dalam separuh masa pertama Sergio menyelamat­kan beberapa cubaan yang sangat penting dan cara kami memulakan perlawanan dan mengawalny­a pada separuh masa pertama, saya fikir kami berhak mendapatka­n keputusan yang lebih baik,” tambah Mourinho.

“Namun pasukan lawan sukar, stadium sukar, jadi saya tidak mungkin lebih gembira dengan pemain dan usaha mereka.”

Celta sebaliknya gagal untuk menyahut cabaran dalam perlawanan separuh akhir sulung mereka di Eropah, tetapi mereka mendapat peluang besar pertama hanya 10 minit sahaja selepas perlawanan bermula.

Bilahantar­anlintangN­emanja Radoja menemui Daniel Wass yang tidak dijaga, tetapi pemain Denmark itu melakukan tandukan yang tersasar jauh dengan hanya Sergio Romero sahaja untuk ditewaskan.

Selepas itu, ia bergantung kepada Alvarez untuk memastikan Celta masih memberikan cabaran.

Dan dia enggan berputus asa untuk mara ke peringkat akhir.

“Tiada yang mustahil,” kata Alvarez.

“Kami perlu bangkit secepat mungkin dan pergi ke sana untuk menunjukka­n bahawa kami adalah pasukan yang berani.”

Aksi terbaiknya tiba pada minit ke-21 apabila Rashford menyasari gawang dari luar kotak penalti dan rembatanny­a melencong ke sudut atas tetapi hujung jari Alvarez berjaya menolak bola ke belakang.

Paul Pogba kembali ke dalam pasukan selepas tidak bermain dalam dua perlawanan terakhir United, dan pemain paling mahal di dunia kelihatan berada dalam kelas tersendiri di bahagian tengah.

Larian kencang oleh pemain Perancis itu melorongka­n bola kepada Mkhitaryan untuk peluang terbaik pasukan pelawat bagi tempoh 45 minit pertama.

Bagaimanap­un Alvarez meluru dari garisan gol untuk menyekat cubaan pemain Armenia itu.

Alvarez sekali lagi dituntut beraksi beberapa minit kemudian untuk menolak rembatan Lingard selepas dia menerima bola lorongan Rashford.

Penjaring terbanyak Celta, Iago Aspas, tidak menonjol sebelum waktu rehat, tetapi memulakan babak kedua dengan lincah dan menyaksika­n tandukanny­a tersasar tinggi.

Pione Sisto kemudian dinafikan oleh Sergio Romero apabila rembatan pemain Denmark itu mengancam untuk melepasi pemain Argentina tersebut.

Keinginan Celta yang lebih tinggi dalam serangan memberi lebih banyak ruang kepada United untuk melancarka­n serangan balas dan Rashford tidak menggunaka­n sepenuhnya satu peluang yang memberangs­angkan selepas dia berjaya mengelecek Gustavo Cabral.

Bagaimanap­un pemain berusia 19 tahun itu menunjukka­n kelasnya beberapa minit kemudian apabila dia memperoleh­i tendangan penalti di tepi kotak penalti dan kemudian bangun untuk melakukan satu cubaan yang cantik ke sudut jauh gawang.

Aspas memperoleh­i peluang terbaik bagi Celta untuk membalas tetapi melakukan rembatan yang tersasar apabila bola hantaran lintang oleh Jonny dirembat ke arahnya pada ketinggian yang janggal.

Celta pernah mengatasi kekalahan 1-0 pada pusingan pertama di stadium sendiri sebelum peringkat separuh akhir dengan kemenangan 2-0 di Shakhtar Donetsk pada peringkat 32 terakhir.

Namun kelab Galicia itu memerlukan kejayaan itu berulang lagi di Old Trafford pada 11 Mei ketika United kelihatan bakal bermain dalam perlawanan akhir pertama mereka di Eropah sejak 2011. – AFP

Dia seorang budak berusia 19 tahun yang amat menyukai bola sepak. Dia berusaha, dia matang dan apa yang penting bukan usianya tetapi kualitinya. JOSE MOURINHO Pengurus Manchester United

 ?? Gambar Reuters - Gambar Reuters ?? RASHFORD (kanan) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan Antonio Valencia. - JESSE Lingard cuba menghalang pergerakan pemain Celta Vigo Jonathan Castro Otto (kanan).
Gambar Reuters - Gambar Reuters RASHFORD (kanan) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan Antonio Valencia. - JESSE Lingard cuba menghalang pergerakan pemain Celta Vigo Jonathan Castro Otto (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia