Utusan Borneo (Sabah)

Suzih juara pertama Ladies Physique Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Guru sekolah, Suzih Abd Aziz, 35, muncul juara pertama Ladies PhysiqueTe­rbukaSabah­yang julung kali dipertandi­ngkan di negeri ini pada acara Nite Of Champions & Physique Championsh­ip di KDCA, Penampang dua hari lalu.

Wanita berasal dari Kudat tetapi mengajar sebagai guru matematik SK Kironggu, Inanam itu menewaskan lima peserta lain pada pusingan akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200.

Tempat kedua dimenangi Shelen Aderina Kok (Gym 1Malaysia Beaufort), ketiga Frahsillia Onnie(Justine Sompong Gym KK), keempat Samsiah Gangau (CJ Olympia Gym Keningau), kelima Mainah Selly (Gym Rakyat Bingkor) dan keenam Janetha Lingam (Xsport Gym Penampang).

“Saya telah berlatih sejak empat bulan lalu untuk pertanding­an ini. Saya berlatih untuk menang dan saya gembira kerana ianya menjadi kenyataan,” kata Suzih ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah.

Menurutnya, berlatih dan bersenam memang telah menjadi rutinnya tetapi lebih kepada untuk kesihatan dan kecergasan di mana beliau memiliki Zumba Fitness Centre di Manggatal Plaza sebelum dijadikan gym sejak dua tahun lalu.

Acara anjuran Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) itu diadakan bersama dengan Majlis Makan Malam Amal bagi mengutip dana SBBA terutama bagi menampung atletnya menyertai Mr. Malaysia di Selangor pada 19-21 Mei ini.

Turut dipertandi­ngkan pada malam itu adalah Mr. Physique kategori tinggi 170cm ke atas dan 170cm ke bawah.

Zulfikhar Brahim dari CombatGymL­DBBCmuncul juara kategori 170cm ke atas, kedua AzliRazali(OneFitness Gym Keningau), ketiga Carl Terence Tan (Pump It Gym Ranau), keempat Bryan Isidore Tubong (Xsport Gym), kelima Daniel Luke George Rejos (Mark Muscle Gym Penampang), keenam Zayrode Leong (Tamparuli Hardcore Gym), ketujuh Abdullah Johnny (A Gym Tuaran) dan kelapan Rony Sundang (Moolar Gym).

Kategori 170cm ke bawah pula dijuarai Barry Maxthur (KMBBA), kedua Terence Watis (MJ Gym Membakut), ketiga Aron Imbayan (New York Fitness KK), keempat Willson William Ugau (MN Fitness Gym), kelima Abdul Hakim (Borneo Gym Hardcore UA KK), keenam Hasmin Sarumin (Gym AMKOL Keningau), ketujuh Alfian Abdullah (Mad Nutritions KK) dan kelapan Yong Vui Khen (Hardcore Gym Tamparuli).

Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), Datuk Louis Rampas mewakili Menteri Belia Dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyempurn­akan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah.

Turut bersama adalah PengarahMa­jlisSukanN­egeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin dan pemangku presiden SBBA, Joannes Stanislous.

 ??  ?? PESERTA akhir kategori tinggi 170cm ke atas Mr. Physique bersama Terrance (lima dari kanan) dan Joannes (empat dari kiri).
PESERTA akhir kategori tinggi 170cm ke atas Mr. Physique bersama Terrance (lima dari kanan) dan Joannes (empat dari kiri).
 ??  ?? PESERTA pusingan akhir Ladies Physique bersama Louis (empat dari kiri) dan Joannes (tiga dari kanan).
PESERTA pusingan akhir Ladies Physique bersama Louis (empat dari kiri) dan Joannes (tiga dari kanan).
 ??  ?? JUARA Ladies Physique, Suzih.
JUARA Ladies Physique, Suzih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia