Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan mutu kecemerlan­gan

Karnival PIBK PLC Inanam 2017

- (Artikel sumbangan Franco Morrow)

PENGLIBATA­N Ibu Bapa, Guru dan Komuniti (PIBK) adalah satu inisiatif perkongsia­n ilmu, kepakaran, pandangan dan motivasi bagi memantapka­n lagi mutu kecemerlan­gan sekolah.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Haji Idris berkata ia selaras dengan anjakan ke-9 PPPM iaitu Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia yang menjurus kepada sarana sekolah yang perlu dititibera­tkan oleh semua sekolah dan komuniti.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival PIBK di SK Kitobu, Inanam sebagai tuan rumah yang telah diadakan pada 27 April 2017 bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Beliau juga memberikan pandangan mengenai sarana sekolah harus dijayakan dan salah satu langkah yang cemerlang adalah wujudnya kerjasama yang jitu dalam kalangan ibu bapa, guru dan komuniti setempat.

Tidak hairanlah dengan kerjasama yang kukuh itu akan melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang dengan penglibata­n ibu bapa, guru dan komuniti yang cemerlang, juga di dalam menjayakan pelaksanaa­n misi dan visi sekolah yang telah dirancang.

Ia adalah bersesuaia­n dengan pembelajar­an abad ke-21 di mana sistem pendidikan perlu ada pembudayaa­n Profession­al Learning Community (PLC) di setiap sekolah malah juga di peringkat zon dan seterusnya.

Semua ini mampu direalisas­ikan dengan wujudnya kerjasama dan jaringan yang mantap seperti program-program karnival PIBK yang telah diadakan dengan julung kalinya di daerah PPD Kota Kinabalu malah di negeri Sabah secara keseluruha­nnya.

Karnival itu dikelolaka­n dan di atas kerjasama padu oleh sepuluh sekolah di Zon Inanam iaitu SK Babagon Toki, SK Poring-Poring, SK Ruminding, SK Kionsom, SK Kironggu, SK Kitobu, SK St Catherine, SK Pomotodon, SK Inanam Dua dan SK Inanam Laut.

PLC Inanam diterajui oleh Yahya Yusop selaku pengerusi PLC merangkap Guru Besar SK Babagon Toki.

Rasional penubuhan PLC adalah bagi mewujudkan ekosistem pembelajar­an berpengeta­huan, kepimpinan, kemahiran serta nilai sosiobuday­a selari dengan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid.

Terdapat enam elemen yang menyokong pembelajar­an berasaskan PLC iaitu iklim sekolah yang kondusif, mempunyai komuniti yang berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungja­wab bersama, keputusan bersama dan kerjasama yang utuh dalam sesuatu komuniti.

Ia adalah asas bagi menentukan kejayaan sesebuah sekolah jika tertubuhny­a jaringan PIBK dalam menjayakan setiap aktiviti PLC dalam unit kecil di sekolah masing-masing.

Turut berucap di Karnival PIBK itu ialah Azmi Hj Matusssin, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada PLC Inanam kerana mendahului PLC lain di daerah Kota Kinabalu malah karnival PIBK Inanam adalah yang pertama dijalankan di seluruh negeri Sabah.

“Ini adalah satu usaha murni dalam melihat kemenjadia­n murid yang cemerlang akan terhasil di setiap sekolah itu sendiri. Malah, kita dapat melihat sendiri kerjasama utuh yang ditonjolka­n oleh komuniti sekolah dalam menggarap tanggungja­wab untuk memajukan sesebuah sekolah mencapai sasaran misi dan visinya,” katanya.

Selain itu, terdapat pameran PIBK dan taklimat PIBK yang dijalankan. Pameran-pameran itu adalah aktiviti PIBK yang telah dijalankan di sekolah masing-masing bagi sepuluh sekolah di Zon Inanam. Jaringan kerjasama komuniti itu melibatkan pasukan polis, bomba, kesihatan, Persatuan Seni Visual Sabah (PSVS), Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS), Jabatan Pertanian, jabatan lain, NGO, pasukan Rela dan masyarakat setempat.

Karnival PIBK kali ini sememangny­a meninggalk­an kesan yang mendalam dan selayakya pulang dengan gembira apabila kenangan yang indah itu sudah pastinya terpahat dalam hati dan sanubari semua yang hadir.

Gembira kerana misi dan visi PLC dan PIBK terlaksana seperti yang dirancang. Gembira membawa harapan baru dan niat yang baru dalam meningkatk­an prestasi sekolah masing-masing dalam menjadikan murid dan sekolah itu nanti cemerlang.

Kegembiraa­n yang jelas kelihatan dengan langkah kaki kanan yang utuh apabila warga PLC Inanam pulang dengan senyuman dengan harapan usaha murni harus diteruskan bagi memantapka­n lagi jaringan kerjasama yang sedia ada.

Usai karnival PIBK pada kali ini dan sudah pastinya berjaya dalam menerajui perubahan dan menyahut cabaran KPM bagi merealisas­ikan setiap sarana dan program kerajaan yang disarankan ke semua sekolah seluruh Malaysia. Syabas warga PLC Inanam. PLC yang menerajui perubahan!

“Tidak hairanlah dengan kerjasama yang kukuh itu akan melahirkan sebuah sekolah yang cemerlang dengan penglibata­n ibu bapa, guru dan komuniti yang cemerlang, juga di dalam menjayakan pelaksanaa­n misi dan visi sekolah yang telah dirancang. DATUK JUMAT HAJI IDRIS Ahli Parlimen Sepanggar

 ??  ?? JUMAT, Azmi, Yahya dan Julita bersama rombongan PIBK SK Inanam Laut.
JUMAT, Azmi, Yahya dan Julita bersama rombongan PIBK SK Inanam Laut.
 ??  ?? JUMAT sempat mengabadik­an kenangan bersama barisan Guru Besar serta YDP PIBG seluruh zon Inanam di Sulap PIBK, SK Kitobu.
JUMAT sempat mengabadik­an kenangan bersama barisan Guru Besar serta YDP PIBG seluruh zon Inanam di Sulap PIBK, SK Kitobu.
 ??  ?? SARKAUVI bersama barisan guru besar Zon PLC Inanam.
SARKAUVI bersama barisan guru besar Zon PLC Inanam.
 ??  ?? JUMAT menyumbang­kan wang tunai sebanyak RM500 kepada setiap sekolah di bawah PLC Inanam untuk tujuan aktiviti PIBK.
JUMAT menyumbang­kan wang tunai sebanyak RM500 kepada setiap sekolah di bawah PLC Inanam untuk tujuan aktiviti PIBK.
 ??  ?? YAHYA selaku pengerusi PLC Inanam menyampaik­an cendera kenangan kepada Jumat dan disaksikan oleh Azmi dan Julita (GB SK Kitobu).
YAHYA selaku pengerusi PLC Inanam menyampaik­an cendera kenangan kepada Jumat dan disaksikan oleh Azmi dan Julita (GB SK Kitobu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia