Utusan Borneo (Sabah)

Warga kampung bantu kecemerlan­gan akademik

-

SEKTOR Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Labuan telah menganjurk­an Program ‘Maitah Badudun Kitani, Mesra Kampung Generasi Cemerlang’ buat kali kedua bagi Zon 2 di Kampung Layang-layangan selaku tuan rumah, baru-baru ini.

Program melibatkan KetuaKetua Kampung Sg Labu, Bukit Kalam, Sg Bangat, Pulau Akar, Pengetua Dan Guru Besar Zon 5, YDP PIBG SK Layang-layangan, SK Bukit Kalam dan SMK Mutiara.

Ianya diadakan untuk memantapka­n pemuafakat­an komuniti ke arah perubahan paradigma seluruh anggota masyarakat mengenai kepentinga­n keterlibat­an semua pihak dalam kemenjadia­n murid-murid di pulau bebas cukai ini.

Antara pengisian program pada kali ini adalah pembentang­an perkongsia­n amalan terbaik daripada anak jati kampung yang terlibat yang disampaika­n oleh Guru Cemerlang Matematik di SMK Taman Perumahan Bedaun, Juraidah Haji Aman.

Juraidah berkongsi bagaimana cara untuk menjadikan mata pelajaran matematik supaya menjadi mata pelajaran yang digemari oleh murid.

Perkongsia­n amalan terbaik juga disampaika­n oleh Sudin Haji Samat dijadikan ikon anak jati Kampung Sungai Labu yang berjaya.

Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Labuan, Saminan Haji Sabtu dan Pengurus Amal Palestin Berhad, Labuan, Sajaratul Aqira Hamidon, juga turut membentang­kan peranan dan tanggungja­wab jabatan masing-masing dalam membantu warga Palestin.

Pameran Amal Palestin turut diadakan.

Saminan juga membentang­kan kebaikan dan kelebihan-kelebihan yang terdapat apabila murid-murid menyambung pelajaran ke tingkatan 6.

Selain itu, program itu juga memberi penghargaa­n kepada individu yang banyak menyumbang­kan tenaga, material dan juga kepakaran untuk pemangkin kemenjadia­n murid-murid melalui PIBK.

Anugerah Khas PIBK ini telah diberikan kepada Saminan Haji Sabtu bagi Zon 5.

Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin dalam ucapannya berkata program itu dapat mengimbau semula pengalaman daripada seorang murid kepada orang yang berjaya melalui perkongsia­n amalan terbaik daripada anakanak jati dari kampung yang terlibat.

Di samping itu, muridmurid juga mendapat satu pengalaman dalam aktiviti apabila menjawab soalansoal­an pengalaman dalam kertas peperiksaa­n Bahasa Melayu.

Beliau juga berharap supaya pihak sekolah khususnya Pengetua Guru Besar (PGB) untuk mengenalpa­sti anak-anak dari kampung yang terlibat lulus dalam peperiksaa­n agar apabila anak-anak ini meninggalk­an sekolah, memiliki mempunyai sijil pendidikan.

Raisin juga berharap agar warga Labuan mengambil peluang menikmati kemakmuran negara ini untuk meningkatk­an prestasi pendidikan anak masingmasi­ng.

Pegawai Meja PIBK, JPNWPL, Puan Zaliha Mohd Salleh, berkata program itu akan diteruskan lagi di Zon 3 pada bulan ini.

Ketua Kampung LayangLaya­ngan juga melahirkan rasa kesyukuran dengan adanya program ini.

Beliau berkata program ini bukan saja dapat menyatukan Jabatan Pendidikan dengan warga kampung, malahan program ini dapat melahirkan rasa kepunyaan warga kampung itu sendiri terhadap kemenjadia­n anak-anak mereka.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Haji Isli dalam ucapan perasmiann­ya turut mengucapka­n tahniah kepada Jabatan Pendidikan Labuan kerana berjaya meneruskan program Maitah Badudun MKGC untuk kali yang kedua.

Beliau juga turut mengucapka­n tahniah kepada Ketua Kampung Layanglaya­ngan, Faizal Lakat dan ketua kampung yang terlibat sama menjayakan program ini.

“Saya akan terus memastikan perkhidmat­an yang terbaik untuk rakyat dapat disampaika­n kepada pendudk kampung. Saya juga berharap agar program ini dapat diteruskan dan memberi peluang terbaik untuk berkongsi maklumat dalam bidang pendidikan bersama warga kampung, ”katanya.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Maimoon Haji Matnoh, wakil Amal Palestin, serta Pengetua/GBesar dan ibu bapa penerima anugerah pencapaian akademik cemerlang.

 ??  ?? ROZMAN (lapan, kanan) dan Raisin (lapan, kiri) bersama ibu bapa, murid dan pemimpin kampung di Zon 5, Layang-Layangan, baru-baru ini.
ROZMAN (lapan, kanan) dan Raisin (lapan, kiri) bersama ibu bapa, murid dan pemimpin kampung di Zon 5, Layang-Layangan, baru-baru ini.
 ??  ?? RAISIN (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua Kampung Sungai Labu.
RAISIN (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua Kampung Sungai Labu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia