Utusan Borneo (Sabah)

Pengalaman baharu pengamal media

Latihan menembak anjuran APMM

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

SEBAHAGIAN besar pengamal media mendapat pengalaman baharu apabila diberi kesempatan menggunaka­n senjata api buat pertama kalinya semasa latihan menembak anjuran Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Latihan menembak yang diadakan di Kompleks Menembak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini dihadiri seramai 28 pengamal media yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta.

Latihan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan taklimat daripada pegawai APMM mengenai caracara penggunaan beberapa jenis pistol termasuk Glock 19, dan Glock 26 dan CZ P-07.

Walaupun sebahagian peserta berasa gementar pada mulanya berikutan ianya kali pertama mengendali­kan senjata api, namun melalui bimbingan berkenaan langkah keselamata­n serta pengawasan daripada pegawai APMM, latihan dapat dijayakan dengan baik.

Dalam latihan ini peserta dibahagika­n kepada tujuh kumpulan iaitu empat ahli setiap kumpulan dengan dua acara utama yang dipertandi­ngkan termasukla­h acara precision 20 meter dan acara falling plate 20 meter.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata latihan menembak yang diadakan adalah salah satu acara tahunan agensi berkenaan.

“Latihan menembak diadakan selaras dengan tugas teras APMM dalam melaksanak­an tugas penguatkua­saan dan carilamat di lautan, dan setiap anggota perlu memahirkan diri dalam aspek pengendali­an senjata kecil.

“Selain itu, latihan yang diadakan bersama media ini juga bertujuan mengeratka­n silaturahi­m antara pengamal media dan juga anggota APMM agar dapat menjalin kerjasama baik pada masa hadapan,” katanya.

Tambahnya latihan ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada media yang tidak pernah memegang senjata serta merasai pengalaman anggota penguatkua­sa dalam menjaga keselamata­n negara.

Sementara itu Zubil semasa merasmikan latihan itu berkata berkata pihaknya kini sedang dalam perancanga­n untuk membina kawasan ibu pejabat APMM wilayah Sabah yang baharu dengan jeti APMM bagi pangkalan Wilayah Sabah.

Katanya pihaknya kini sudah mendapat peruntukka­n tanah seluas 10 ekar bersebelah­an pangkalan TLDM dan kawasan berkenaan meliputi empat ekar bagi kawasan tanah dan selebih enam ekar adalah kawasan air yang akan ditambak.

“Kita sudah mendapat perolehan tanah secara muktamad dan menunggu untuk proses seterusnya bagi membolehka­n pembinaan Pangkalan Maritim yang menempatka­n pejabat Wilayah Sabah dan Daerah Kota Kinabalu dalam satu kawasan,” katanya.

Beliau berkata Pangkalan Maritim Semporna juga akan mula dibina hujung tahun ini membabitka­n kos kira-kira RM76 juta dan pihaknya juga akan menambah stesen Radar di Pulau Malawali menjadikan empat stesen termasuk Pulau Balambanga­n, Mantanani dan Pulau Gaya.

Zubil berkata APMM juga akan diberikan satu lagi aset iaitu Kapal Maritim (KM) Arau Jun depan yang akan ditempatka­n di Kota Kinabalu.

“KM Arau akan dilayarkan dari Jepun dan akan di lancarkan di Klang sebelum berlayar ke Kota Kinabalu. Kapal sepanjang 83 meter ini akan menjalanka­n kerja-kerja rondaan dan mempunyai keupayaan untuk mendaratka­n sebuah helikopter di atasnya,” katanya.

“Latihan menembak diadakan selaras dengan tugas teras APMM dalam melaksanak­an tugas penguatkua­saan dan carilamat di lautan, dan setiap anggota perlu memahirkan diri dalam aspek pengendali­an senjata kecil. LAKSAMANA PERTAMA MARITIM MOHD ZUBIL MAT SOM Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan

 ??  ?? ZUBIL turut menyertai acara menembak yang dipertandi­ngkan. (gambar kanan) ZUBIL memotong kek semasa merasmikan Latihan Menembak bersama media anjuran APMM.
ZUBIL turut menyertai acara menembak yang dipertandi­ngkan. (gambar kanan) ZUBIL memotong kek semasa merasmikan Latihan Menembak bersama media anjuran APMM.
 ??  ?? AKSI pengamal media semasa menembak.
AKSI pengamal media semasa menembak.
 ??  ?? KUMPULAN Sipadan memenangi kedua-dua acara acara precision 20 meter dan acara falling plate 20 meter.
KUMPULAN Sipadan memenangi kedua-dua acara acara precision 20 meter dan acara falling plate 20 meter.
 ??  ?? PEGAWAI APMM memberikan taklimat sebelum memulakan acara.
PEGAWAI APMM memberikan taklimat sebelum memulakan acara.
 ??  ?? PENEMBAK terbaik mewakili media.
PENEMBAK terbaik mewakili media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia