Utusan Borneo (Sabah)

116 anak anggota Kopeks terima insentif pendidikan

- Oleh SADDAM EDRIS

SERAMAI 116 anak anggota Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Bhd (Kopeks) Sabah menerima insentif pendidikan pada satu majlis yang berlangsun­g di Pejabat Kopeks, Kota Kinabalu pada Khamis.

Pengerusin­ya Datuk Maznah Abdul Ghani berkata,kesemua penerima adalah pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2014, 2015 dan 2016.

“Program ini sememangny­a kita sudah laksanakan sejak 2013 lagi yang mana sebelum ini kita jalankan di Papar dan kini Kopeks berusaha merancang untuk mengadakan di bahagian di seluruh Sabah.

“Tahun ini, jumlah penerima insentif pendidikan mencatat peningkata­n tertinggi berbanding tahun sebelumnya memandangk­an ramai ahli Kopeks yang sudah mula kekal sebagai ahli dan ada penambahan kategori iaitu murid cemerlang UPSR bagi kali ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaia­n Insentif Pendidikan kepada anak ahli Kopeks, di sini, kelmarin.

Maznah berkata jumlah peruntukan Kopeks iaitu RM50,000 yang disediakan setiap tahun dilihat masih memiliki lebihan baki memandangk­an terdapat ahli Kopeks ang lain yang tidak menerima maklumat mengenai kewujudan program berkenaan.

Katanya sejak 2013 sehingga kini, pihaknya hanya menyampaik­an insentif pendidikan kepada lebih 80 orang dengan jumlah agihan bernilai lebih RM30,000.

“Keadaan ini membimbang­kan kita kerana masih ada ahli yang tidak sedia maklum mengenai program yang sememangny­a amalan koperasi iaitu untuk meningkatk­an kebajikan anggota yang ada.

“Justeru, kita berusaha untuk melonggark­an syarat yang ditetapkan bagi mendapatka­n lebih ramai pemohonan pada masa akan datang. Kita menyeru ahliahli koperasi supaya dapat mengajak ahli lain untuk sama-sama menghantar pemohonan kepada pihak Kopeks,” katanya.

Menurutnya ahli Kopeks yang berminat hanya perlu menghantar nama beserta slip keputusan anak masingmasi­ng untuk menjalani proses pemilihan bagi penyenerai­an dalam kalangan yang layak menerima insentif berkenaan.

Selain mengurangk­an bebanan keluarga dalam urusan pembelian keperluan sekolah, Maznah berkata ia juga bertujuan sebagai tanda penghargaa­n kepada anggota yang komited memberi sokongan kepada koperasi.

Kopeks turut menganjurk­an pelbagai program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) lain seperti Kopeks Prihatin yang membantu meningkatk­an ekonomi anggota dan Kopeks Ikhtiar iaitu membantu menangani masalah hutang Ah Long yang terjebak tanpa sengaja.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CE0) Kopeks Buvil Angkui.

 ??  ?? MAZNAH (dua kanan) menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang anak ahli Kopeks.
MAZNAH (dua kanan) menyampaik­an insentif pendidikan kepada salah seorang anak ahli Kopeks.
 ??  ?? MAZNAH (duduk, empat kanan) serta tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama para penerima insentif pendidikan Kopeks.
MAZNAH (duduk, empat kanan) serta tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan bersama para penerima insentif pendidikan Kopeks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia