Utusan Borneo (Sabah)

Hindari bahaya dadah tanggungja­wab bersama

44 pelajar menengah hadiri program kem Shields di Kem Langanan Poring, Ranau

- Oleh SALMAN ABADI

AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Ranau menganjurk­an Program Kem Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (Shields) di Kem Langanan, Kampung Poring Ranau, baru-baru ini.

Program AADK yang julung kali diadakan itu dihadiri seramai 44 orang pelajar lelaki dan perempuan dari Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Enam dari empat sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh, SMK Ranau, SMK Kundasang dan juga SMK Lohan.

Program itu adalah satu usaha murni pihak AADK yang bertujuan membina jati diri para peserta dan memberi kefahaman mengenai bahaya dadah khasnya dalam kalangan remaja serta mendidik peserta agar menghindar­i dadah dan pelbagai gejala sosial tidak sihat.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Datuk Haji Jaimin Samitah menyempurn­akan majlis perasmian program itu.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan rasa berbangga dengan usaha dan komitmen pihak AADK menganjurk­an kem seumpamany­a.

Jaimin juga kagum melihat kerjasama dan perpaduan para peserta biarpun berasal dari sekolah yang berlainan dan berharap usaha seperti itu dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Tahniah kepada penganjur program AADK Ranau dan para pelajar yang menyertai Kem Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya, diharapkan selama tiga hari menjalani pelbagai aktiviti dalam kem ini memberi manfaat kepada peserta,” katanya.

“Saya kira, adalah lebih baik peserta kem ini menjadikan diri mereka sebagai duta kecil AADK bagi membantu agensi itu menyampaik­an kepada rakan-rakan mahupun masyarakat umum tentang bahaya penyalahgu­naan dadah dan gejala sosial hanya merugikan semua pihak,” katanya.

Katanya gejala sosial dan jenayah seperti mencuri, merompak dan ragut dalam kalangan penagih dadah kerana itu adalah antara iktiar mereka mendapatka­n duit untuk membeli bekalan dadah dan lebih teruk lagi sanggup membunuh untuk tujuan itu.

Sementara itu, antara pengisian program selama tiga hari itu adalah aktiviti eksplorasi mini, latihan dalam kumpulan (LDK), taklimat dan ceramah, aktiviti kebudayaan dan penghayata­an.

Ceramah bertajuk ‘Isu Dadah dan Gejala Sosial’ disampaika­n oleh Atlin Gambintal, wakil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang memberi informasi bermanfaat kepada peserta kem agar menghindar­i dadah dan gejala sosial yang semakin merunsingk­an.

Katanya usaha memerangi najis dadah bukan hanya di bahu AADK tetapi masyarakat umum dan

“sebagai Saya kira, adalah lebih baik peserta kem ini menjadikan diri mereka duta kecil AADK bagi membantu agensi itu menyampaik­an kepada rakan-rakan mahupun masyarakat umum tentang bahaya penyalahgu­naan dadah dan gejala sosial hanya merugikan semua pihak

remaja turut mempunyai tanggungja­wab sosial untuk bersama-sama membantu mengatasi permasalah­an dadah dan gejala sosial.

Menurutnya ia amat penting demi membentuk dan melahirkan masyarakat yang sihat dan bebas daripada gejala dadah serta masalah sosial yang lain kerana usaha menghindar­i gejala dan dadah adalah tangggungj­awab bersama.

Turut serta menjayakan program itu sebagai penganjur bersama adalah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau serta kerjasama empat sekolah menengah yang terlibat menyertai dan menjayakan program itu.

 ??  ?? (Gambar kiri) PESERTA program Shields bergambar kenangan bersama Jaimin dan para pegawai AADK daerah Ranau.
(Gambar kiri) PESERTA program Shields bergambar kenangan bersama Jaimin dan para pegawai AADK daerah Ranau.
 ??  ?? PEGAWAI AADK Hazrie Attin (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jaimin (kanan).
PEGAWAI AADK Hazrie Attin (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Jaimin (kanan).
 ??  ?? (Gambar atas) PROGRM Shilelds membentuk jati diri remaja menjauhi gejala dadah musuh nombor satu negara.
(Gambar atas) PROGRM Shilelds membentuk jati diri remaja menjauhi gejala dadah musuh nombor satu negara.
 ??  ?? PESERTA kem diberi taklimat keselamata­n dan cara pelaksanaa­n sebelum memulakan aktiviti.
PESERTA kem diberi taklimat keselamata­n dan cara pelaksanaa­n sebelum memulakan aktiviti.
 ??  ?? JAIMIN berucap merasmikan majlis penutupan kem Shields anjuran AADK Ranau.
JAIMIN berucap merasmikan majlis penutupan kem Shields anjuran AADK Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia