Utusan Borneo (Sabah)

Panitia Pendidikan Islam SK Rancha-Rancha kelola ceramah Israk Mikraj

-

SEKOLAH Kebangsaan Rancha-Rancha (Sekolah Kluster Kecemerlan­gan) telah mengadakan sambutan Israk Mikraj yang dihadiri 310 murid Pendidikan Islam dan 33 guru, baru-baru ini.

Penolong Pengurus Pusat Pungutan Zakat (PPZ) WP Labuan Ustaz Ahmad Shahrizal Mohd Saffian menyampaik­an ceramah Israk Mikraj bersempena sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam di Dewan SK RanchaRanc­ha.

Ahmad Shahrizal yang hadir bersama lapan pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Badr Taman IOFC Kerupang 2 turut membuka kaunter PPZ kepada warga sekolah.

Objektif utama Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah 2017 adalah untuk memberi pendedahan lanjut kepada murid-murid berkaitan peristiwa Israk Mikraj dan iktibarnya kepada seluruh umat Islam.

Ahmad Shahrizal dalam ceramahnya berkata peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu mukjizat yang besar yang dianugerah­kan kepada Rasullulla­h Sallallahu Alaihi Wasallam (SAW).

Katanya Israk itu adalah perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin manakala Mikraj pula ialah keadaan baginda semasa terus dibawa ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha.

Peristiwa itu berlaku pada 27 Rejab sebagai memberikan kekuatan batin kepada Baginda dalam memperjuan­g dan menegakkan agama Allah.

Menurut beliau pengajaran yang besar daripada Israk dan Mikraj ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat.

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah SAW telah ditunjukka­n peristiwa ajaib dalam perjalanan itu.

Misalnya, Nabi diperlihat­kan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitah­u Rasulullah SAW: “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”

Selain itu, kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: “Itulah kaum yang berjihad ‘Fisabilill­ah’ yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”

Guru Besar SK RanchaRanc­ha Norinnie Kassim dalam ucapannya berharap agar program itu dapat memberi impak kepada semua murid.

Beliau berkata mereka sendiri sedia maklum bahawa peristiwa Israk Mikraj merupakan antara peristiwa atau sejarah penting dalam rakaman kehidupan Nabi Muhammad SAW.

“Peristiwa ini bukan sahaja membawa makna penting kepada Nabi SAW semata-mata tetapi juga kepada keseluruha­n umat Islam di dunia,” katanya.

 ??  ?? AHMAD SHAHRIZAL (lima dari kanan) dan Norinnie bergambar kenangan bersama PK HEM Rositah Abd Rahman dan pelajar tahfiz.
AHMAD SHAHRIZAL (lima dari kanan) dan Norinnie bergambar kenangan bersama PK HEM Rositah Abd Rahman dan pelajar tahfiz.
 ??  ?? NORINNIE (dua dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ahmad Shahrizal selepas menyampaik­an ceramah Israk Mikraj.
NORINNIE (dua dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Ahmad Shahrizal selepas menyampaik­an ceramah Israk Mikraj.
 ??  ?? MURID-MURID sedang mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaika­n oleh Ahmad Shahrizal.
MURID-MURID sedang mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaika­n oleh Ahmad Shahrizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia