Utusan Borneo (Sabah)

Kaamatan dan Gawai

Maktab Sabah tampil sebagai sekolah yang memiliki kepelbagai­an budaya

- Oleh SADDAM EDRIS

T

AMADUN sesuatu bangsa dapat dilihat melalui warisan seni budaya yang diamalkan secara turun-temurun dari pelbagai peringkat umur. Budaya tradisiona­l ini mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum dari aspek pemakaian, makanan, adat resam, kesenian dan sebagainya.

Namun kini, warisan nenek moyang ini semakin lenyap ditelan arus pemodenan sehingga memerlukan masyarakat bangkit kembali memupuk generasi muda mengenali identiti mereka yang sebenar.

Bersangkut­an dengan usaha itu, Maktab Sabah tampil terlebih dahulu cuba menyemarak­kan bahang sambutan perayaan Kaamatan dan Hari Gawai yang diraikan sepanjang bulan Mei dan Jun ini.

Usaha yang ditunjukka­n oleh warga sekolah itu saban tahun menjadikan ia sebagai cerminan kepelbagai­an kaum yang duduk sebumbung mengejar cita-cita masa depan tanpa melupakan asal usul.

Pada majlis itu, seramai 1,000 orang terdiri pelajar dan warga pendidik hadir menghangat­kan suasana majlis yang berlangsun­g seawal jam 8 pagi.

Majlis disempurna­kan oleh Timbalan Presiden Kadazan Dusun Cultural Associatio­n (KDCA) Datuk Michael Malanjun diiringi Pengetua Cemerlang Maktab Sabah Datin Nuinda Alias.

Ketika berucap, Michael memuji penglibata­n Maktab Sabah yang sentiasa komited menganjurk­an program seumpama itu bagi memberi pendedahan berguna kepada anak didik sekolah berkenaan. Menurutnya, sambutan perayaan disertai ilmu pendidikan adalah sangat baik kerana dapat membantu pelajar memahami makna perayaan itu yang sebenarnya.

“Sambutan perayaan sesuatu bangsa itu bukan sahaja dapat memelihara warisan tradisi masyarakat kita tetapi juga dapat mengeratka­n keharmonia­n kaum.

“Oleh yang demikian, setiap orang khususnya generasi muda harus mengambil tahu tentang warisan budaya bangsa masing-masing dan terus memelihara­nya,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Perayaan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai Kali Ke-5 Maktab Sabah 2017, di sini kelmarin.

Beliau juga menyeru pelajar supaya menghayati nilai-nilai yang terdapat dalam setiap sambutan perayaan agar terus mengukuhka­n perpaduan dan semangat cintakan budaya tradisiona­l.

Sementara itu, Nuinda

berkata, selaras tema Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini iaitu ‘Kaamatan Impowon Pisompurua­n’

bermaksud ‘Kaamatan Asas Perpaduan’, ia bertepatan dengan sambutan yang dianggap sebagai saluran memupuk kekitaan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah.

Katanya, semangat kebersamaa­n dalam memupuk kebudayaan melalui penganjura­n majlis seperti itu dapat melahirkan ikatan perpaduan yang kukuh dalam kalangan mereka tanpa mengira bangsa mahupun anutan agama.

Pengarah Program Fenella Cindy Lajanty berkata,

pihaknya menggunaka­n bakat pelajar yang ada di sekolah itu untuk diketengah­kan dalam setiap persembaha­n bagi tahun ini.

“Sebelum ini, kami biasanya akan memanggil artis luar seperti Kumpulan Bambu Okestra Tuaran ke sekolah untuk membuat persembaha­n, namun kali ini kami cuba mencungkil bakat yang ada pada ahli Koir musik dan kelab kebudayaan sekolah.

“Justeru, diharapkan agar penganjura­n program sebegini terus mendapat sokongan pihak pentadbir sekolah supaya objektif kita iaitu memupuk semangat cintakan budaya akan terus dipraktikk­an dalam kalangan warga sekolah terutamany­a pelajar itu sendiri,” jelasnya.

Pelajar Ann Penny Nais, 19, ketika ditemui berkata, penganjura­n majlis sedemikian amat bermanfaat bagi mengingati asal usul beliau sendiri yang juga berbangsa Kadazan.

Ann yang sudah melibatkan diri dalam pelbagai program kebudayaan di sekolah itu percaya bahawa program sedemikian akan dapat memelihara kelangsung­an warisan budaya dari terus ditelan arus pemodenan.

“Bagi saya, untuk terus menerapkan cintakan warisan budaya masingmasi­ng, kita juga perlu terus menggalakk­an pelajar memakai baju tradisiona­l masing-masing selain menyertai pelbagai pertanding­an kebudayaan,” katanya.

Bagi pelajar dari Sarawak Christoper anak Romes, 14, pula berasa gembira dapat meraikan perayaan Kaamatan dan Gawai secara serentak di sekolahnya.

Anak berbangsa Bidayuh itu yang baru setahun lebih menuntut di sekolah berkenaan sudah mula membiasaka­n diri dengan budaya dari pelbagai kaum yang ada di Sabah.

“Saya peroleh banyak ilmu berguna bukan sahaja di kelas tetapi di luar seperti majlis sebegini yang dapat mempelajar­i sifat menghormat­i budaya lain sekaligus mengeratka­n silaturahi­m antara kami.

“Budaya menyambut perayaan di Sabah dan Sarawak sememangny­a berbeza namun, perbezaan itulah yang akan mendidik semangat kekitaan dalam kalangan kami iaitu anak muda Malaysia,” katanya.

“Sambutan perayaan sesuatu bangsa itu bukan sahaja dapat memelihara warisan tradisi masyarakat kita tetapi juga dapat mengeratka­n keharmonia­n kaum.

 ??  ?? (Gambar atas) MICHAEL (dua, kiri) menyampaik­an sumbangan kepada pelajar Maktab Sabah yang kurang berkemampu­an.
(Gambar atas) MICHAEL (dua, kiri) menyampaik­an sumbangan kepada pelajar Maktab Sabah yang kurang berkemampu­an.
 ??  ?? (Gambar kiri) WARGA Pendidik Maktab Sabah ketika membuat persembaha­n. MICHAEL (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian majlis dengan memalu gong.
(Gambar kiri) WARGA Pendidik Maktab Sabah ketika membuat persembaha­n. MICHAEL (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian majlis dengan memalu gong.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PERSEMBAHA­N Koir.
(Gambar atas) PERSEMBAHA­N Koir.
 ??  ?? (Gambar kiri) PEMENANG pakaian tradisiona­l terbaik dalam kalangan guru Maktab Sabah merakam gambar kenangan bersama hadiah masing-masing.
(Gambar kiri) PEMENANG pakaian tradisiona­l terbaik dalam kalangan guru Maktab Sabah merakam gambar kenangan bersama hadiah masing-masing.
 ??  ?? DARI kiri, Christoper, rakannnya Clairrisia anak Mangga dan Ann merakam gambar kenangan.
DARI kiri, Christoper, rakannnya Clairrisia anak Mangga dan Ann merakam gambar kenangan.
 ??  ?? TARIAN Sumazau yang dipersemba­hkan oleh pelajar kelab Kebudayaan.
TARIAN Sumazau yang dipersemba­hkan oleh pelajar kelab Kebudayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia