Utusan Borneo (Sabah)

KPUMS dan KPUTM kerjasama anjur program

Berteraska­n khidmat komuniti di SMK Pengalat Besar Papar

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

K

ELAB Pemadam UMS dan Kelab Pemadam UTM melaksanak­an program yang berteraska­n elemen khidmat komuniti, barubaru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Prof Dr Ismail Ali berkata penerapan aktiviti pelajar melalui program khidmat komuniti yang berbentuk kesukarela­wan menjadi asas dalam usaha pemantapan jati diri, kemahasisw­aan dan seterusnya menjadi medium untuk memperkasa­kan kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan kelab pelajar sepanjang tempoh pengajian di universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Justeru, bertitik tolak dengan sokongan itu, Kelab Pemadam UMS melakar sejarah tersendiri apabila julung-julung kalinya melaksanak­an aktiviti berteraska­n strategi lautan biru dengan melaksanak­an program bersama Kelab Pemadam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejajar dengan usaha untuk memerangi dadah habishabis­an (PDH).

Pada kali ini, Kelab Pemadam UMS dan Kelab Pemadam UTM melaksanak­an program motivasi pendidikan pencengaha­n dadah di SMK Pengalat Besar, Papar, yang dihadiri seramai 49 pelajar.

Sementara itu, penyertaan daripada pelajar KPUMS dan KPUTM adalah seramai 45 orang. Program itu dirasmikan penutupann­ya oleh Pegawai Unit PPDa Pejabat Pendidikan Daerah Papar Mohd Hilmie Abdullah.

Dalam ucapan penutupann­ya, beliau menyaranka­n agar pelajar yang menyertai program itu mengambil peluang untuk memanfaatk­an ilmu yang diberikan dan berusaha untuk menjadi golongan belia yang bebas dadah.

Antara pengisian aktiviti yang dilaksanak­an ialah Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah oleh Zunaidi M Taib, Puspen Papar, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Sesi Motivasi oleh Zolkifli Shaari, Penasihat KPUTM, Gotong Royong Bilik PPDA, Lima Minit Anti Dadah oleh Adryzam Menak, Presiden KPUMS dan Senaman Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah serta Demo Cerapan Planet oleh Dr Othman (UTM) bersama tim Sabah Stargazer.

Pengarah Program Fionna George (siswi tahun akhir program Geografi, Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, UMS) berkata ia adalah satu program yang dilaksana bagi mendedahka­n pelajar sekolah berkaitan bahaya dadah dan kesannya kepada masa depan individu yang terlibat dengan dadah.

Menurutnya objektif utama program adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan dadah, menyemai dan menanam sikap prihatin dalam diri mereka supaya sedar bahawa najis dadah perlu ditangani bersama dan menjadi medium interaksi antara pihak universiti bersama pelajar sekolah khususnya dalam membantu memberi pendidikan pencegahan dadah secara lebih dekat.

Adalah menjadi harapan KPUMS dan KPUTM agar ilmu yang disampaika­n akan menjadi motivasi kepada peserta menjadi anak yang baik, pelajar yang berdisipli­n, bijaksana dan seterusnya menjadi belia yang berwawasan tinggi serta berkepimpi­nan.

Justeru, Nik Nur Fatihah Mohd Ridzewan (Presiden Kelab Pemadam UTM) pula berkata KPUMS dan KP UTM mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Pengalat Besar, Papar terutamany­a Pemangku Pengetua Kassim Hj Wiro, Hajah Naimah Haji Din, Sofiah Magain, Siti Noor Othman dan Norfiza Mohamad Razali atas sokongan tinggi dan kerjasama padu, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha membantu merealisas­ikan program itu.

Abdul Haidy Abdul Hamid (Penasihat Kelab Pemadam UMS) berkata KPUMS dan KPUTM juga bekerjasam­a melaksanak­an beberapa program berbentuk pemantapan jati diri seperti lawatan ke Pejabat Pemadam Negeri Sabah (Kepimpinan), lawatan silaturrah­im ke Surau Al-Aliff, Lebak Sumar, Sekayan, Pengalat Besar (Kesukarela­wan dan Kerohanian) dan lawatan ke beberapa lokasi menarik di Kundasang (Sosial) sepanjang tempoh delegasi Kelab Pemadam UTM berada di Sabah agar pengisian program lebih memberi impak yang tinggi dalam konteks jalinan kerjasama antara mahasiswa dengan komuniti setempat.

Penasihat KPUTM turut mengambil kesempatan mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan UMS di bawah pimpinan Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah, semua pihak dan terutamany­a KPUMS atas kesudian menjalanka­n aktiviti bersama yang telah dilaksanak­an dengan jayanya dan berharap agar usaha itu berterusan untuk aktiviti yang akan datang.

Adalah menjadi harapan agar semua pihak tampil untuk bekerjasam­a dengan pihak KPUS dalam usaha untuk membantu pihak berwajib melaksanak­an aktivti pencegahan dadah peringkat komuniti setempat.

Penerapan aktiviti pelajar melalui program khidmat komuniti yang berbentuk kesukarela­wan menjadi asas dalam usaha pemantapan jati diri, kemahasisw­aan dan seterusnya menjadi medium untuk memperkasa­kan kepimpinan dalam pengurusan organisasi dan kelab pelajar sepanjang tempoh pengajian di universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). PROF DR ISMAIL ALI Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS

 ??  ?? PESERTA bergambar pada majlis penutupan Program Motivasi Pendidikan Pencegahan Dadah: Belia Benci Dadah SMK Pengalat Besar Papar.
PESERTA bergambar pada majlis penutupan Program Motivasi Pendidikan Pencegahan Dadah: Belia Benci Dadah SMK Pengalat Besar Papar.
 ??  ?? KUMPULAN LDK SMK Pengalat Besar Papar Sabah.
KUMPULAN LDK SMK Pengalat Besar Papar Sabah.
 ??  ??
 ??  ?? SENAMAN Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah SMK Pengalat Besar Papar Pengalat.
SENAMAN Gaya Hidup Sihat Tanpa Dadah SMK Pengalat Besar Papar Pengalat.
 ??  ?? (Gambar atas) SESI pembentang­an LDK Belia Benci Dadah. (Gambar kanan) MAJLIS Malam Mesra KPUMS dan KPUTM.
(Gambar atas) SESI pembentang­an LDK Belia Benci Dadah. (Gambar kanan) MAJLIS Malam Mesra KPUMS dan KPUTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia