Utusan Borneo (Sabah)

Jerat ‘suka sama suka’, kahwin usia terlalu muda

Keganasan seksual, rumah tangga dan perceraian pada usia terlalu muda amat menyedihka­n: Fatimah

-

KUCHING: Kebanyakan mangsa keganasan seksual di Sarawak dicatatkan daripada pasangan suka sama suka dengan lingkungan umur antara 12 dan 15 tahun.

Menyedihka­n pasangan sebegini kebanyakan­nya disuruh ibu bapa mereka untuk berkahwin, tetapi lebih menyedihka­n apabila hubungan itu tidak kekal apabila bercerai selepas empat tahun.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata perkahwina­n pada usia terlalu muda menunjukka­n kaitan dengan keganasan rumah tangga.

“Kes keganasan rumah tangga juga menunjukka­n ada kaitan dengan perkahwina­n pada usia muda yang menyumbang kepada berlakunya keganasan seksual terhadap kanak-kanak,” katanya merasmikan Forum Jenayah Seksual Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsun­g di sini, baru-baru ini.

Fatimah berkata, kes keganasan seksual terhadap kanak-kanak di Sarawak meningkat kepada 251 kes bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 177 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes tertinggi melibatkan keganasan rumah tangga iaitu sebanyak 165 kes, diikuti rogol sebanyak 46 kes.

Lain-lain kes melibatkan perbuatan cabul 27 kes, penderaan kanak-kanak (8), liwat (4), dan satu kes melibatkan buang bayi.

Fatimah berkata lagi, mencegah jenayah seksual terhadap kanak-kanak bukan terletak di atas bahu kerajaan semata-mata.

Sebaliknya,menurutFat­imah, ia menjadi tanggungja­wab bersama semua pihak terutama ibu bapa untuk memantau dan melindungi anak-anak mereka.

“Kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana adalah lebih komprehens­if berbanding undang-undang yang ada sebelum ini.

“Saya berharap undangunda­ng ini akan dapat memberi perlindung­an yang jauh lebih baik kepada kanak-kanak kita daripada menjadi mangsa seksual,” katanya.

Mengulas mengenai forum itu, ia merupakan lanjutan daripada Seminar Kebangsaan Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 13 Mac tahun ini.

Antara objektif forum ini ialah meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual kanak-kanak dan cara melindungi kanakkanak daripada ancaman penjenayah.

Selain itu, forum ini turut bertujuan mendapatka­n komitmen daripada semua lapisan masyarakat dalam usaha mencegah dan membasmi jenayah seksual kanakkanak serta menyediaka­n perkhidmat­an sokongan.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Kes keganasan rumah tangga juga menunjukka­n ada kaitan dengan perkahwina­n pada usia muda yang menyumbang kepada berlakunya keganasan seksual terhadap kanakkanak. DATUK FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti

 ??  ?? FATIMAH (kanan), Mazlan (tengah) serta yang lain menyeru jenayah seksual terhadap kanak-kanak dihentikan pada forum di Kuching.
FATIMAH (kanan), Mazlan (tengah) serta yang lain menyeru jenayah seksual terhadap kanak-kanak dihentikan pada forum di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia