Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama penduduk kampung dan bomba berjaya melepaskan ikan paus terdampar ke laut dalam

-

MIRI: Usahamurni­penduduk Kampung Siwak, Bakam menyelamat­kan ikan paus sepanjang kira-kira 30 kaki dan seberat 1.5 tan yang terdampar di Pantai Siwak berjaya melepaskan mamalia tersebut ke laut dalam, awal pagi Khamis.

Ia bermula apabila salah seorang nelayan tempatan, Raya Idil terkejut melihat ikan paus besar terdampar di perairan cetek Pantai Siwak ketika berjalan di sekitar kawasan tersebut untuk memantau kehadiran bubuk sekitar jam 6.30 pagi.

Seorang penduduk, Omar Enil, 54, berkata, beliau bergegas ke pantai tersebut dan melihat rakannya cuba menolak ikan paus itu ke perairan lebih dalam, namun gagal.

“Saya menerima maklumat menerusi ‘Group WhatsApp’ kampung dihantar oleh Raya dan terus membalasny­a dan pergi ke pantai untuk melihat ikan paus terdampar tersebut sekitar jam 7 pagi.

“Seramai tujuh penduduk kampung kemudian bersamasam­a menggali pasir di sekeliling ikan paus dan berusaha menolaknya ke laut dalam sambil menyiram badannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Omar berkata, ikan paus yang belum diketahui spesiesnya itu dipercayai mencari makanan dengan mengejar ikan kecil di perairan berkenaan, tetapi terperangk­ap di kawasan air cetek.

Penduduk kampung bagaimanap­un terpaksa menunggu paras air naik sebelum dapat menolak mamalia terbabit ke laut, jelasnya.

“Usaha bersungguh­sugguh dalam kerja berpasukan ini membolehka­n ikan paus terbabit ditolak ke laut dalam sekitar jam 8 pagi.

“Kami cuba menolak ikan paus itu setiap kali ombak datang sehingga ia berjaya melepaskan diri daripada terperangk­ap dalam pasir dan menyelam ke dasar laut,” katanya.

Omar memberitah­u, sekumpulan penduduk kampung dan pihak bomba turut hadir sekitar jam 7.45 pagi untuk membantu usaha tersebut.

Menurut Omar lagi, dengan semangat kerja berpasukan dan adanya teknologi seperti ‘Group WhatsApp’ berjaya membawa penduduk kampung bersama-sama membantu dalam usaha menyelamat­kan ikan paus tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Oswald Braken tidak dapat dihubungi semalam bagi mengulas lanjut mengenai penemuan ikan paus terdampar tersebut.

Beberapa bulan lepas, bangkai ikan paus ditemui di Pantai Beach Republic, Miri dan mamalia terbabit dikebumika­n oleh SFC di Piasau Nature Reserve.

 ??  ?? ANGGOTA bomba dan penduduk kampung berusaha menolak ikan paus ke kawasan yang lebih dalam. KEADAAN ikan paus yang terdampar di Pantai Siwak, Bakam.
ANGGOTA bomba dan penduduk kampung berusaha menolak ikan paus ke kawasan yang lebih dalam. KEADAAN ikan paus yang terdampar di Pantai Siwak, Bakam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia