Utusan Borneo (Sabah)

Generasi sihat tanpa dadah

Program Minggu Antidadah tingkatkan kesedaran masyarakat umum bahaya dadah

- Oleh SALMAN ABADI

PROGAM Minggu Antidadah (PMA) Peringkat Negeri Sabah 2017 yang bertemakan ‘Generasi Sihat Tanpa Dadah’ merupakan salah satu aktiviti tahunan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang dijayakan dengan kerjasama pelbagai jabatan/agensi kerajaan.

Antaranya ialah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Cure & Care Rehabilita­tion Center

(CCRS) di Papar, Jabatan Penjara Malaysia (Sabah), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (PDRM) Kontinjen Sabah dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Program minggu antidadah peringkat negeri yang berlangsun­g pada 4 Mei (Khamis) lalu di Auditorium Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah (KPKPS) di Kota Kinabalu, dikelolaka­n oleh Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan JKNS yang dipertangg­ungjawabka­n sebagai penyelaras dan penggerak utama pelaksanaa­n pelbagai aktiviti pengisian sempena program berkenaan.

Turut terlibat menjayakan program itu dengan mengadakan pameran dan menyampaik­an pelbagai informasi kepada pengunjung ialah Hospital Mesra Bukit Padang Kota Kinabalu dan Hospital Likas (Bahagian/Unit Farmasi).

Pengerusi Jawatankua­sa PMA, Norlida Haji Md Darus yang juga Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (JKNS) berkata, program tahunan itu yang telah diadakan secara rasmi sejak 2015, bertujuan untuk menyalurka­n pelbagai informasi mengenai penyalahgu­naan dadah dan kesannya kepada orang awam, khususnya kepada para pelajar sekolah dan warga JKNS amnya.

Katanya, program itu menggarisk­an tiga objektif utama iaitu meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kesedaran warga pelajar sekolah dan anggota kesihatan, meningkatk­an assertif kendiri dan mengatakan tidak kepada dadah, serta mewujudkan persekitar­an kerja yang selamat dan sihat.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanak­an sempena minggu antidadah tahun ini. Antaranya ialah pelaksanaa­n ujian urin secara rawak terhadap anggota JKNS, lawatan sambil belajar ke CCRC Papar dan Pusat Rehabilita­si Solace di Penampang, ceramah dan pameran antidadah.

Turut diadakan ialah pertanding­an melukis poster, membuat buku skrap dan video pendek antidadah dalam kalangan pelajar yang dilaksanak­an dengan kerjasama Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Pertanding­an itu mendapat sambutan dan penyertaan yang amat membanggak­an dari para pelajar sekolah di pelbagai daerah di negeri Sabah yang mana pertanding­an di peringkat daerah diselarask­an oleh Pegawai Khas PPDa di 24 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah dan dihantar ke JPN Sabah untuk penilaian bagi menentukan pemenang.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Edward Yong Oui Fah yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah menyempurn­akan majlis perasmian program itu dan seterusnya menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pertanding­an dan juga cenderamat­a kepada semua wakil jabatan/agensi yang terlibat mengadakan pameran di ruang legar Auditorium KPKPS sempena program itu.

Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Pergigian JKNS) Dr Misliah Ahmad yang mewakili Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Christina Rundi.

Tayangan video Minggu Antidadah turut dipertonto­nkan pada majlis itu manakala gimik perasmian program itu ialah upacara ‘memotong pokok ganja’ menggunaka­n gunting pemotong yang disempurna­kan oleh Datuk Edward Yong.

Program itu mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan kehadiran lebih 650 orang yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Kota Kinabalu, warga JKNS dan para tetamu jemputan.

Sebelum majlis perasmian program itu yang berlangsun­g jam 10 pagi, tiga slot ceramah antidadah turut diadakan di Auditorium.

Slot pertama disampaika­n oleh Penolong Pengarah Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Freddy Au yang menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah’.

Slot kedua disampaika­n oleh Pakar Psikiatri Hospital Mesra Bukit Padang Dr Chua Sze Hung yang menyampaik­an ceramah tentang ‘Sejarah dadah, kesan dan bahaya dadah’, manakala Ketua Inspektor Zainal Haji Ali dari Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah dengan ceramah bertajuk ‘Mesej Dari Penjara’ serta Hukuman Bagi Kesalahan Dadah: Kisah Di Sebalik Tirai Besi.

Walaupun masa ceramah agak singkat dengan peruntukan masa hanya 20 minit seorang, namun pelbagai mesej dan informasi tentang dadah dan bahaya penggunaan dadah dapat disampaika­n dan berjaya memberi input sangat penting dan berguna kepada para masyarakat, khususnya mereka yang menghadiri majlis itu.

Turut menarik perhatian ramai ialah ialah tampilnya seorang individu bernama Chandran Veerasinga­m, 35 tahun, yang berkongsi pengalaman­nya sebagai penagih dadah selama 21 tahun dan kini masih berada di Pusat Pemulihan Dadah di Papar dan dijangka dibebaskan hujung bulan ini.

Dilahirkan di Beaufort dan menetap di Labuan, beliau terjebak dengan dadah sejak berumur 14 tahun, pernah merengkuk dalam penjara selama 13 tahun akibat menagih dan mengedar dadah dan enam kali keluar masuk penjara serta pernah dijatuhkan hukuman ‘buang negeri’ selama dua tahun di Melaka di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Kisah lanjut mengenai Chandran berdasarka­n pengakuann­ya yang dikongsika­n kepada umum sempena Program Minggu Antidadah itu serta temu bual khas Utusan Borneo bersama Chandran akan disiarkan oleh akhbar ini dalam tempoh terdekat.

“Program tahunan itu yang telah diadakan secara rasmi sejak 2015, bertujuan untuk menyalurka­n pelbagai informasi mengenai penyalahgu­naan dadah dan kesannya kepada orang awam, khususnya kepada para pelajar sekolah dan warga JKNS amnya.

 ??  ?? EDWARD YONG (tengah), Dr Misliah Ahmad (tujuh kiri) dan Norlida Haji Md Darus (10 dari kanan) bersama barisan AJK Pelaksana Program Minggu Antidadah Peringkat Negeri Sabah 2017.
EDWARD YONG (tengah), Dr Misliah Ahmad (tujuh kiri) dan Norlida Haji Md Darus (10 dari kanan) bersama barisan AJK Pelaksana Program Minggu Antidadah Peringkat Negeri Sabah 2017.
 ??  ?? EDWARD YONG (lima kanan) bersama pelajar dan guru pengiring dari SMK Limbanak, Penampang yang muncul johan pertanding­an buku skrap kategori sekolah menengah atas dan rendah.
EDWARD YONG (lima kanan) bersama pelajar dan guru pengiring dari SMK Limbanak, Penampang yang muncul johan pertanding­an buku skrap kategori sekolah menengah atas dan rendah.
 ??  ?? WAKIL Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menerima cenderamat­a disampaika­n Edward Yong sambil diiringi Dr Misliah, Norhida (empat kiri) dan Ketua Insp Zainal Haji Ali (dua kiri).
WAKIL Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menerima cenderamat­a disampaika­n Edward Yong sambil diiringi Dr Misliah, Norhida (empat kiri) dan Ketua Insp Zainal Haji Ali (dua kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 650 orang yang memenuhi ruang Auditorium KPKPS untuk menghadiri program itu.
SEBAHAGIAN daripada lebih 650 orang yang memenuhi ruang Auditorium KPKPS untuk menghadiri program itu.
 ??  ?? EDWARD YONG (tiga kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada wakil JPN Sabah Freddy Au (Penolong Pengarah PPDa).
EDWARD YONG (tiga kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada wakil JPN Sabah Freddy Au (Penolong Pengarah PPDa).
 ??  ?? DR MISLIAH (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Edward Yong sambil diiringi Norlida dan Freddy Au (kanan).
DR MISLIAH (kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian kepada Edward Yong sambil diiringi Norlida dan Freddy Au (kanan).
 ??  ?? EDWARD YONG (tengah) dan para jemputan bergambar kenangan bersama para pemenang pertanding­an melukis poster, buku skrap dan video pendek antidadah.
EDWARD YONG (tengah) dan para jemputan bergambar kenangan bersama para pemenang pertanding­an melukis poster, buku skrap dan video pendek antidadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia