Utusan Borneo (Sabah)

KTMBV buktikan keunggulan

Juara keseluruha­n Kejohanan Taekwondo Remaja Sekolah Sekolah Negeri Sabah 2017

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Kutipan sebanyak 15 pingat emas, 8 perak dan 24 gangsa sudah cukup melayakkan pasukan Kelab Taekwondo MBV (KTMBV) diumumkan sebagai juara keseluruha­n Kejohanan Taekwondo Remaja Sekolah Sekolah Negeri Sabah 2017 yang berlangsun­g di Dewan Utama Kompleks Sukan Ranau baru baru ini.

Naib johan pula disandang oleh pasukan Kelab Taekwondo Perdana (PTC) dengan mengutip 12 pingat emas, 11 perak dan 12 gangsa menempatka­n Kelab Taekwondo Mt Kinabalu (MTKTC) di tempat ketiga dengan pungutan 9 pingat emas, 5 perak dan 10 gangsa.

Kejohanan kali ke-3 itu melibatkan 900 peserta mewakili 21 pasukan mengambil bahagian.

Hadiah hadiah berupa pingat dan sijil penghargaa­n telah disampaika­n oleh presiden Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah (UTSA) Francis Langkab, Grand Master Berry Voon, presiden Kelab Taek- w on d o Gum Gum Sandakan Rudin Ahmad Hussin, Master Raman Anthony dan presiden Kelab Taekwondo Perdana Sabah Dato Mazlan Dato Ibrahim.

Sementara itu, Francis ketika memberi kata kata motivasi kepada peserta sebelum majlis penyampaia­n hadiah menegaskan kepada semua peserta agar berusaha memperting­kat dan memantapka­n kualiti persembaha­n taekowondo masing masing sambil membudayak­an tahap disiplin diri yang tinggi.

“Bagaimanap­un kehebatan seseorang pemain jika tiada disiplin biasanya tidak ke mana-mana, kerana dia hanya menumpukan perhatian untuk menang pertanding­an dan tidak berusaha menampilka­n diri secara serius dan tidak bersungguh sungguh dalam mempraktik­an segala apa yang dipelajari melalui jurulatih bertauliah.

“Justeru, jika kita bermain untuk menang pertanding­an tanpa disiplin, adalah satu kerja sia sia.

Katanya, mereka yang tiada disiplin diri yang tinggi tidak akan dipilih untuk diserapkan dalam pasukan ke manamana pertanding­an.

Sempena majlis itu, Francis mewakili UTSA menyampaik­an surat pelantikan kepada Joseph Kung Sze Chung sebagai Penolong Ketua Jurulatih Sukma 2018 berkuatkua­sa serta merta untuk menjaga nama baik persatuan dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah.

Joseph ketika ditemui merakam ucapan penghargaa­n dan terima kasih kepada kepimpinan UTSA kerana memberi kepercayaa­n kepadanya untuk memegang tugas sebagai itu.

“Pelantikan ini bukanlah suatu yang membanggak­an, sebaliknya satu tanggungja­wab dan amanah yang perlu dijalankan sebaik mungkin demi nama baik UTSA dan MSN Sabah,” jelasnya.

Bagaimanap­un kehebatan seseorang pemain jika tiada disiplin biasanya tidak ke mana-mana, kerana dia hanya menumpukan perhatian untuk menang pertanding­an dan tidak berusaha menampilka­n diri secara serius dan tidak bersungguh sungguh dalam mempraktik­an segala apa yang dipelajari melalui jurulatih bertauliah. FRANCIS LANGKAB Presiden UTSA

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA termuda, Dayang Adani Nor Atikah 10, dari Kelab Borneo Tiger Lahad Datu. ANTARA peserta kontinjen Keningau.
PESERTA termuda, Dayang Adani Nor Atikah 10, dari Kelab Borneo Tiger Lahad Datu. ANTARA peserta kontinjen Keningau.
 ??  ?? CEMERLANG: Kelab Perdana Taekwondo (PTC) Tawau telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam Kejohanan Taekwondo Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah yang berlangsun­g di Ranau baru-baru ini.
Dalam kejohanan tersebut, PTC Tawau telah menghantar lapan...
CEMERLANG: Kelab Perdana Taekwondo (PTC) Tawau telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam Kejohanan Taekwondo Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Sabah yang berlangsun­g di Ranau baru-baru ini. Dalam kejohanan tersebut, PTC Tawau telah menghantar lapan...
 ??  ??
 ??  ?? MOHD. Ariel Harahan wakili Sabah ke
Sukma 2018.
MOHD. Ariel Harahan wakili Sabah ke Sukma 2018.
 ??  ?? FRANCIS (kiri) menyampaik­an sijil pelantikan kepada Joseph.
FRANCIS (kiri) menyampaik­an sijil pelantikan kepada Joseph.
 ??  ??
 ??  ?? PARA jurulatih pasukan MBVTC menjulang hadiah kemenangan bergambar bersama Francis (kiri).
PARA jurulatih pasukan MBVTC menjulang hadiah kemenangan bergambar bersama Francis (kiri).
 ??  ?? ANTARA pemenang sempat merakam gambar kenangan bersama Master Raman Anthony (kanan).
ANTARA pemenang sempat merakam gambar kenangan bersama Master Raman Anthony (kanan).
 ??  ?? KONTINJEN MBVTC bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
KONTINJEN MBVTC bergambar kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? MAZLAN menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
MAZLAN menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia