Utusan Borneo (Sabah)

Kemurungan penyumbang kepada penyakit global

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenalpa­sti kemurungan adalah penyakit terbesar penyumbang kepada penyakit global yang dialami oleh manusia di seluruh dunia.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (gambar) berkata WHO juga meramalkan bahawa penyakit kemurungan akan menjadi antara penyebab utama masalah kesihatan dalam negaranega­ra membangun menjelang 2020.

“Secara global, dianggarka­n seramai kira-kira lebih 300 juta individu mengalami kemurungan.

“Masalah kemurungan ini juga boleh menyebabka­n timbulnya penyakit-penyakit lain seperti masalah mental,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Sabah 2017 di Dewan Refflesia Hospital Mesra Bukit Padang kelmarin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Asnah Tahlil.

Dalam pada itu, katanya masyarakat atau komuniti perlu bermula dengan mengamalka­n sikap ambil tahu dan prihatin dengan tanda-tanda kemurungan yang mungkin dialami oleh ahli keluarga terdekat, saudaramar­a, sahabat handai atau orang sekeliling.

“Sikap ambil tahu dan prihatin adalah sangat penting bagi mencegah penyakit ini.

“Antara tanda-tanda kemurungan yang boleh dikanal pasti adalah hilang minat terhadap aktiviti harian, hilang tumpuan pekerjaan, tidak bersemanga­t atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari, selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.

“Selain itu juga, rasa tidak tenteram dan mudah marah, gangguan tidur, perubahan selera makan atau kurang selera makan, rasa bersalah yang keterlalua­n, merasakan diri tidak berguna, putus harapan dan ‘rasa lebih baik mati’ yang kadangkala disertai dengan cubaan membunuh diri adalah tanda-tanda kemurungan,” jelasnya.

Tambahnya, sehubungan dengan itu individu atau sesiapa yang merasakan diri mereka mungkin mengalami tanda-tanda kemurungan perlu mendapatka­n bantuan yang sesuai.

Menurutnya, beberapa langkah-langkah juga boleh diambil jika mengalami kemurungan.

“Mereka perlu bercakap dengan seorang yang percaya akan perasaan anda kerana kebanyakan orang merasa lega selepas berbicara dengan orang yang mengambil berat terhadap mereka.

“Selain itu, perlu dapatkan bantuan profesiona­l seperti anggota kesihatan atau doktor berdekatan anda dan teruskan dengan aktiviti yang anda suka semasa sihat serta amalkan rutin senaman, walaupun sekadar berjalan mahupun menaiki tangga.

“Seterusnya, cuba kekalkan tabiat pemakanan dan tabiat tidur yang biasa serta elakkan diri dari pengambila­n bahan terlarang atau sertai kumpulan sokongan yang mana anda boleh saling membantu untuk pemulihan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia