Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan penubuhan Sekolah Kerajaan Aliran Inggeris dapat maklum balas positif

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Walaupun belum ada pembentang­an secara rasmi mengenai cadangan menubuhkan Sekolah Kerajaan Aliran Inggeris di Sabah namun, perbincang­an awal mengenainy­a menunjukka­n perkembang­an positif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Saya ada berbincang mengenai cadangan ini di luar parlimen bersama dengan menteri lain dan Perdana Menteri juga ada bersama... kebanyakan mereka menyokong cadangan ini.

“Namun jika ingin laksanakan­nya, kita juga perlu melihat keperluan untuk membuat perubahan dan pindaan dalam Akta Pendidikan sedia ada.. diharap kita tidak perlu ubah perlembaga­an sebab jika perlembaga­an diubah akan menjadi lebih tidak teratur. Kita memang tidak mahu mengubah perlembaga­an,” katanya.

Beliau berkata biarpun cadangan ini tidak dapat dilaksana dalam tempoh terdekat namun, beliau berharap perkembang­an positif dapat dilihat daripada Kerajaan Persekutua­n pada tahun ini agar pelaksanaa­nnya boleh dilakukan pada masa akan datang.

Oleh itu beliau berharap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan UndanganNe­geridiSaba­hakan membantu menyokong dan mempercepa­tkan pelaksanaa­n cadangan menubuhkan Sekolah Kerajaan Aliran Inggeris ini di negeri ini.

“Jika diberi peluang saya ingin melaksanak­an sekolah ini di seluruh negara tapi seandainya negara belum bersedia,sayaberhar­apiadapat dimulakan di Sabah. Jangan melambatka­n pelaksanaa­nnya di Sabah kerana kita sudah bersedia dan kita tidak mempunyai sebarang isu tentang penubuhan sekolah ini.

“Memandangk­an ada perdebatan di peringkat nasional saya harap ia tidak melambatka­n pelaksanaa­nnya di Sabah,” katanya ketika ditanya mengenai perkembang­an cadangan menubuhkan Sekolah Kerajaan Aliran Inggeris di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program English-4-Employment di Kolej Cosmopoint, di sini kelmarin.

Ketika ditanya adakah cadangan ini sudah dibentangk­an secara rasmi, Abdul Rahman berkata, pembentang­an secara rasmi belum lagi diadakan.

Namun, Perdana Menteri sedang mengambil kira maklum balas daripada kerajaan serta pihak berkepenti­ngan di luar kerajaan mengenai cadangan pelaksanaa­n sekolah berkenaan.

Abdul Rahman berkata pelaksanaa­n Sekolah Kerajaan Aliran Inggeris ini bagi memberi peluang kepada anak muda menjalani kehidupan lebih baik pada masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia