Utusan Borneo (Sabah)

Sayuran kampung bawa untung, jana pendapatan di tamu Bingkor

Jana pendapatan keluarga di tamu Bingkor

- Oleh ALFRED PETRUS

BERMULA dengan aktiviti berkebun kecil-kecilan, siapa sangka kini hasilnya dapat menjana ekonomi keluarga.

Madalina Untok, 66, yang mula mengusahak­an kebun secara kecil-kecilan itu sejak tahun 1970-an menanam pelbagai sayur-sayuran kampung untuk dijual di tamu minggu pekan Bingkor.

Beliau yang berasal dari Kampung Bandukan Lama itu berkata, selepas melihat hasil bercucuk tanam mereka, baru lah bercadang untuk menjual hasil berkenaan.

“Saya mula berniaga dengan menjual hasil titik peluh kami sekeluarga selepas melihat hasil tanaman kebun di tanah sendiri.

“Ketika memulakan penjualan sayur-sayuran ini, tapak tamu Bingkor dahulunya berada di kawasan lama iaitu 50 hingga 70 meter dari tapak sekarang.

“Selepas berpuluh tahun saya masih meneruskan aktiviti jualan sayuran kampung sehingga kini yang mana tapak tamu Bingkor ditempatka­n di Dewan Terbuka Pekan Bingkor,” katanya ketika ditemui

baru-baru ini.

Katanya, sepanjang masa berjualan di tamu berkenaan, setiap Ahad beliau akan ke tamu Bingkor bersama-sama dengan jualannya seawal jam lima pagi.

Jelasnya, dengan menggunaka­n kenderaan sendiri memudahkan mereka untuk membawa masuk hasil tanaman mereka itu ke dewan terbuka berkenaan.

“Kami akan datang seawal jam lima pagi ke pekan Bingkor untuk mengangkat dan menyusun jualan kami.

“Kami perlu lebih awal datang ke tamu ini untuk memudahkan kami membawa sayur-sayur ini masuk ke kawasan Dewan Terbuka Pekan Bingkor ini.

“Kerana masyarakat setempat akan mula mengunjung­i tamu ini seawal jam 5.30 pagi,” katanya.

Tambahnya, jualan beliau kebiasaann­ya akan habis dijual sekitar jam 11 pagi.

“Kebiasaann­ya, jualan saya habis selepas masyarakat Kristian selesai bersembahy­ang dan mereka akan datang ke tamu ini untuk membeli sayur-sayur yang ada di sini sebelum balik ke rumah masingmasi­ng,” jelasnya.

Menurutnya, antara sayursayur kampung yang dijual oleh beliau setiap Ahad itu adalah seperti sayur tutan, rebung, terung, sayur pahit kampung dan banyak lagi.

Selain itu, beliau turut menjual buah-buahan seperti pisang, mangga serta ubi manis.

Jelasnya, bagi pendapatan mingguan beliau boleh mencecah RM200.

“Namun, pendapatan yang kami peroleh ini tidak menentu yang mana, jika jualan laku atau habis dijual boleh mendapat hasil sehingga RM200.

“Pendapatan paling rendah kira-kira RM150 seminggu sahaja, tetapi ia juga mengikut hasil yang kita bawa ke tamu ini untuk dijual.

“Kalau kami membawa sayur-sayuran ini dalam jumlah yang sedikit, maka pendapatan juga kurang pada masa itu dan sebaliknya,” katanya.

Madalina berkata, beliau melihat dengan aktiviti jualan di tamu ini sedikit sebanyak dapat membantu menjana pendapatan masyarakat setempat yang menjual di tamu berkenaan terutamany­a mereka yang menjual hasil tanaman sendiri.

Beliau menambah, kebanyakan penjual di tamu berkenaan menjual hasil tanaman mereka sendiri.

“Ini yang dilihat mampu menjana pendapatan sendiri seperti saya sendiri tidak mengambil sayur-sayuran dari pemborong.

“Semua yang dijual oleh saya sendiri adalah hasil dari tanaman sendiri dan tidak memerlukan kos lain untuk mendapatka­n sumber sayursayur­an ini,” jelasnya.

Selain daripada tanaman sayur, Madalina dan keluargany­a juga mengusahak­an sawah padi, kebun getah dan juga kelapa sawit untuk menambah pendapatan keluarga.

Tambahnya, di tamu berkenaan juga, terdapat peniaga lain turut menjual kuih muih, minuman juga pakaian terpakai.

“Pendapatan yang kami peroleh ini tidak menentu, jika jualan laku atau habis dijual boleh mendapat hasil sehingga RM200. Pendapatan paling rendah kira-kira RM150 seminggu sahaja, tetapi ia juga mengikut hasil yang kita bawa ke tamu. MADALINA UNTOK Pengusaha sayuran kampung

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA sayur-sayuran kampung hasil titik peluh Madalina sekeluarga.
ANTARA sayur-sayuran kampung hasil titik peluh Madalina sekeluarga.
 ??  ?? KHEMAH peniaga yang berniaga jualan terpakai.
KHEMAH peniaga yang berniaga jualan terpakai.
 ??  ?? SUASANA tamu Bingkor setiap hari Ahad.
SUASANA tamu Bingkor setiap hari Ahad.
 ??  ?? JUALAN lain yang terdapat di tamu Bingkor.
JUALAN lain yang terdapat di tamu Bingkor.
 ??  ?? MANGGA yang turut dijual oleh Madalina.
MANGGA yang turut dijual oleh Madalina.
 ??  ?? KUIH muih juga dijual di tamu berkenaan.
KUIH muih juga dijual di tamu berkenaan.
 ??  ?? UBI keladi juga mudah didapati di tamu ini.
UBI keladi juga mudah didapati di tamu ini.
 ??  ?? PARA wanita bersama hasil jualan mereka.
PARA wanita bersama hasil jualan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia