Utusan Borneo (Sabah)

UBAH PEMIKIRAN GENERASI MUDA

Daripada pencari pekerjaan kepada individu cipta pekerjaan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan mahu mengubah sudut pemikiran rakyat, khususnya generasi muda, daripada menjadi seorang mencari pekerjaan kepada individu yang mencipta pekerjaan menerusi penglibata­n dalam bidang keusahawan­an.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bidang keusahawan­an merupakan antara komponen yang berupaya memperkasa keupayaan golongan muda untuk menjana kekayaan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada individu lain.

“Kita (kerajaan) hendaklah meningkatk­an keterlibat­an generasi muda dengan menumpukan kepada empat komponen iaitu pendidikan, kemahiran, kepimpinan dan keusahawan­an dalam usaha memperkasa golongan tersebut.

“Pada (program) hari ini, bidang keusahawan­an diberi tumpuan agar ada satu paradigma berlaku dalam minda golongan muda bahawa cita-cita dan aspirasi seseorang tidak terhad hanya untuk mencari pekerjaan.

“Kita mahu mengubah pandangan (generasi muda) daripada menjadi pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan,” katanya semasa berucap melancarka­n Program Gabungan Rakan Entreprene­ur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2017 di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian negeri dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Irwan Serigar.

Najib berkata kerajaan sentiasa prihatin dalam membangunk­an suasana ekosistem bidang keusahawan­an dan perniagaan menerusi sistem pendidikan selain pelbagai inisiatif bagi melonjakka­n lagi penglibata­n golongan muda dalam bidang berkenaan.

Ini termasuk program seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Gerakan Keusahawan­an Global (GEM) yang diperkenal kerajaan adalah antara usaha berterusan.

“Program-program keusahawan­an yang disediakan kerajaan ini adalah untuk menyediaka­n generasi baharu, yang tidak makan gaji semata-mata, tetapi mahu menjadi pencipta pekerjaan yang boleh menjana kekayaan untuk diri sendiri dan negara,” katanya.

“Kita adalah kerajaan bertanggun­gjawab dan mempunyai agenda untuk golongan muda di Sabah dan di negara. Kita mahu golongan muda merasai bahawa masa depan (negara) adalah milik mereka...dan Transforma­si Nasional (TN50) adalah mengenai golongan muda,” katanya.

Program keusahawan­an Great di Kota Kinabalu, yang merupakan penganjura­n kali ketiga selepas edisi pertama di Kuala Lumpur dan edisi kedua di Kuching, Sarawak, telah menarik penyertaan kira-kira 5,000 usahawan di Sabah yang berlangsun­g hari ini hingga esok.

Program inisiatif Kementeria­n Kewangan dan Pejabat Pembanguna­n Keusahawan­an Nasional dengan kerjasama MaGIC serta kerajaan negeri itu adalah platform bagi para usahawan menimba ilmu, khidmat nasihat, sokongan dan bantuan daripada pelbagai agensi terlibat.

Sabah dipilih sebagai tuan rumah pada penganjura­n kali ini adalah berdasarka­n ekonomi yang kukuh dan dinamik serta bakat-bakat muda keusahawan­an yang inovasi dan berpotensi di negeri itu. -Bernama

 ??  ?? NAJIB (dua kiri) menerima penjelasan daripada salah seorang usahawan. Turut kelihatan, Musa (tengah).
NAJIB (dua kiri) menerima penjelasan daripada salah seorang usahawan. Turut kelihatan, Musa (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia