Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda UPKO tidak setuju cadangan lanjut umur bersara 62 tahun

Pemuda UPKO tidak setuju cadangan lanjut umur bersara 62 tahun penjawat awam

- Oleh SALMAN ABADI

PENAMPANG:ExcoPemuda Upko Pusat sebulat suara menolak dan tidak bersetuju terhadap cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) untuk melanjutka­n umur persaraan wajib penjawat awam dari 60 tahun kepada 62 tahun.

Mesyuarat Exco Pemuda Upko Pusat yang berlangsun­g di Ibu Pejabat Upko di sini, baru-baru ini memahami asas cadangan Cuepacs itu agar tenaga mahir dan berpengala­man tidak dibazirkan.

Selain itu, ia juga berpadanan dengan kadar mortaliti iaitu jangka hayat penduduk Malaysia yang semakin panjang dan memerlukan kesinambun­gan punca pendapatan yang berterusan.

Namun, jika cadangan itu dilaksanak­an (bersara pada usia 62 tahun) ia pasti memberikan impak besar dari sudut ekologi kitaran kenaikan pangkat dan penciptaan kekosongan jawatan dalam perkhidmat­an awam.

“Sekiranya usia persaraan kakitangan­awamdipanj­angkan maka antara kesannya ialah peluang kenaikan pangkat bagi kakitangan junior akan terbantut ekoran tiada kekosongan jawatan kerana umur persaraan senior telah dipanjangk­an,” kata Ketua Pemuda Upko Nasional, Arhtur Shen selepas mempengeru­sikan mesyuarat berkenaan.

Katanya, kekosongan jawatan dalam perkhidmat­an awam juga agak perlahan dengan mengambil kira nisbah penjawat awam serta jumlah rakyat Malaysia, ianya berada pada kadar antara yang tertinggi di dunia.

Oleh itu katanya, maka saiz perkhidmat­an awam sudah hampir mencapai ke tahap ketepuan dan ia sekali gus membantutk­an kewujudan dan penciptaan peluang pekerjaan untuk para belia dan beliawanis yang berminat bekerja dalam sektor perkhidmat­an awam.

Berhubung dengan kebaziran tenaga mahir untuk jawatan kritikal seperti doktor berpengala­man, hakim berkualiti dan seumpamany­a, perkara ini mungkin boleh diatasi dengan memanjangk­an tempoh perkhidmat­an kontrak dalam bidang pekerjaan yang kritikal sahaja.

Mengambil kira fakta itu, Pemuda Upko Pusat yang diketuai Arthur Sen mengemukak­an usul atau cadangan supaya bidang kerja atau jawatan yang tidak kritikal dipendekka­n, berbalik kepada usia persaraan wajib 55 tahun.

“Dengan itu, ia akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia dan beliawanis,” katanya.

Menurut Arthur, bagi mengatasi masalah kadar jangka hayat yang kini lebih panjang dan memerlukan punca pendapatan berpanjang­an untuk menampung keperluan hidup selepas tempoh berkhidmat, maka mereka (penjawat awam) boleh memilih skim pencen sebagai alternatif simpanan hari tua melalui caruman dalam KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

Beliau menambah, keperluan menganjurk­an kursus-kursus seperti pengurusan kewangan yang betul harus diadakan lebih kerap untuk menyemai atau memupuk tabiat menyimpan dari awal perkhidmat­an demi masa depan yang lebih baik selepas bersara.

Selain itu, pelbagai kursus dan latihan pra persaraan yang bersesuaia­n kepada penjawat awam perlu diadakan agar mereka berupaya mencari punca pendapatan tambahan selain bergantung kepada pencen atau simpanan KWSP apabila mereka bersara wajib.

“Sekiranya

usia persaraan kakitangan awam dipanjangk­an maka antara kesannya ialah peluang kenaikan pangkat bagi kakitangan junior akan terbantut ekoran tiada kekosongan jawatan kerana umur persaraan senior telah dipanjangk­an, ARHTUR SHEN Ketua Pemuda Upko Nasional

 ??  ??
 ??  ?? EXCO Pemuda Upko ketika bermesyuar­at di Ibu Pejabat Upko di Penampang menolak cadangan Cuepacs.
EXCO Pemuda Upko ketika bermesyuar­at di Ibu Pejabat Upko di Penampang menolak cadangan Cuepacs.
 ??  ?? EXCO Pemuda Upko bersama Setiausaha Pemuda BN Malaysia, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz (tengah).
EXCO Pemuda Upko bersama Setiausaha Pemuda BN Malaysia, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz (tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia