Utusan Borneo (Sabah)

APMM gagalkan cubaan seludup minuman keras tanpa cukai

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menggagalk­an cubaan menyeludup minuman keras tanpa cukai di perairan Menumbuk di sini, malam Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Daerah Labuan Kapten Maritim Che A d nan M dI s a berkata kejayaan berkenaan dilaksanak­an melalui maklumat orang awam selain siasatan berterusan daripada anggota APMM.

“Sebaik menyedari kehadiran bot berkenaan anggota kita kemudianny­a mengekori bot di perairan Pulau Daat kira-kira jam 8.55 malam.

“Kira-kira 30 minit kemudian, bot yang dipercayai menuju ke Menumbuk itu kemudianny­a merapat di tebing Sungai Klias.

“Semasa kejadian, terdapat beberapa suspek memunggah barang untuk dimasukkan ke dalam lori berwarna putih dan kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Beliau berkata sebaik suspek menyedari kehadiran anggota APMM di lokasi kejadian, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan meninggalk­an barangan seludup.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat sejumlah minuman keras pelbagai jenama termasuk bir jenama

Tiger, Guiness Stout dan Corona Extra.

“Suspek turut meninggalk­an bot tanpa nombor pendaftara­n, lori jenis Isuzu, dan kereta pacuan empat roda jenis Honda CRV bersama kunci kereta,” katanya.

Katanya kesemua barangan rampasan berjumlah RM187 ribu iaitu RM17 ribu bagi minuman keras dan RM170 ribu bagi kedua-dua kenderaan.

Tambahnya kes ini akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

 ??  ?? ANGGOTA APMM memeriksa minuman keras yang ditinggalk­an di atas bot.
ANGGOTA APMM memeriksa minuman keras yang ditinggalk­an di atas bot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia