Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah pondok diminta beri kerjasama kepada bomba

-

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin meminta pengurusan sekolah pondok supaya memberi kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya mereka datang untuk membuat pemeriksaa­n di premis mereka.

Beliau berkata kehadiran anggota jabatan itu bukan untuk mencari kesalahan atau mendenda pemilik premis yang tidak mengikut peraturan ditetapkan, sebaliknya ia dilaksanak­an bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

“Cuba ketepikan pemikiran silo, kita mesti bertindak di luar pemikiran...kalau bomba datang bagilah kerjasama jangan tuduh mereka tidak bagi kerjasama,” katanya katanya ketika berucap melancarka­n penubuhan Skuad Bomba Pondok (zon utara) di Sekolah Menengah Agama Irshafdiah Addiniah, di sini hari ini.

Skuad Bomba Pondok dirangka bersama Yayasan Pembanguna­n Pondok Malaysia dan JPBM yang berperanan sebagai ejen kecil menyampaik­an mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamata­n kebakaran kepada komuniti sekolah pondok.

Menerusi kerjasama bertemakan ‘Pondok Selamat Bersama Skuad Bomba Pondok’ itu, pengurus, guru dan pelajar sekolah akan diberi pengetahua­n mengenai teknik menyelamat dan berkawad, pengguaan peralatan kebakaran serta latihan teori dan amali bagi menghadapi kecemasan dan atau bencana.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Persekutua­n sentiasa berusaha membela dan memartabat­kan institusi serta sekolah agama di negara ini termasuk sekolah pondok walaupun ada di antaranya terletak di bawah pentadbira­n kerajaan negeri.

Katanya, kepedulian serta keprihatin­an kerajaan itu terbukti apabila Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah membelanja­kan sebanyak RM388 juta untuk sekolah Kelas al-Quran dan Fadru Ain (Kafa) setakat ini.-Bernama

 ??  ?? ZAHID beramah mesra dengan anggota skuad Bomba Pondok (Zon Utara) selepas melancarka­n skuad itu di Sekolah Menengah Agama Irshadiah Addiniah, Batu 26 kelmarin. Turut kelihatan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh...
ZAHID beramah mesra dengan anggota skuad Bomba Pondok (Zon Utara) selepas melancarka­n skuad itu di Sekolah Menengah Agama Irshadiah Addiniah, Batu 26 kelmarin. Turut kelihatan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia