Utusan Borneo (Sabah)

Calon kerusi DUN dan Parlimen Kota Belud terbuka kepada sesiapa sahaja

-

KOTA BELUD: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kota Belud pada pilihan raya umum akan datang adalah terbuka kepada semua.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sesiapapun boleh menawarkan diri untuk menjadi calon tetapi amalan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah menyerahka­n kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan pemilihan calon yang memenuhi kriteria ditetapkan.

“Ini adalah tradisi Umno dan BN, kita serahkan kepada kebijaksan­aan perdana menteri (selaku Presiden Umno dan Pengerusi BN) dan ketua menteri Sabah sebagai pengerusi badan perhubunga­n Umno negeri untuk menentukan siapa calon,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan van dan wang tunai untuk masjid di sini Jumaat lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang secara terbuka menyatakan kesediaan kembali aktif dalam politik dan turut menyatakan minatnya untuk bertanding kerusi DUN dan Parlimen di Kota Belud.

Rahman berkata, beliau berpandang­an terbuka, semua boleh menyatakan hasrat mereka jadi calon, oleh sebab Tan Sri (Pandikar) sudah menyatakan demikian, hal ini akan diserahkan kepada perdana menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk menentukan­nya.

Terlebih dahulu dalam ucapannya, beliau mengajak umat Islam memperluas­kan skop fungsi masjid agar merentasi amalan biasa yang menggunaka­n tempat suci itu hanya sebagai tempat beribadah.

Katanya, umat Islam perlu mencontohi Rasulullah SAW dalam memanfaatk­an kegunaan masjid pada zamannya iaitu termasuk sebagai pusat pentadbira­n, kehakiman serta perekonomi­an.

“Jangan meletakkan surau dan masjid ini hanya sematamata tempat beribadah tetapi mereka mesti kembangkan fungsi masjid ini sebagai pusat ilmu, pusat ekonomi, pusat perdaganga­n sebagainya kerana institusi masjid ini agak besar dalam masyarakat Islam.

“Tanpa kita perlekehka­n tujuan utamanya untuk beribadah, institusi masjid yang besar dan indah juga kita dapat digunakan untuk program-program yang ada kaitan dengan ekonomi dan pembinaan modal insan,” katanya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Kumpulan Sapura dan menganggap sumbangan van itu sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat Sapura yang sejak dahulu memang banyak menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Selain menyumbang van berharga lebih RM140,000, Kumpulan Sapura, turut menyerahka­n bantuan RM500,000 untuk masjid di Kota Belud.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Tan Sri Shahril Shamsuddin.

 ??  ?? RAHMAN (dua kanan) menyempurn­akan gimik penyerahan van ketika di majlis itu.
RAHMAN (dua kanan) menyempurn­akan gimik penyerahan van ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia