Utusan Borneo (Sabah)

Pembentuka­n jaringan kerjasama penting

Kepada usahawan tidak kira jenis bentuk perniagaan yang diceburi “Oleh itu, saya menyeru kepada para usahawan Sabah untuk mengambil peluang dan memanfaatk­an sepenuhnya kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Pembentuka­n jaringan kerjasama di sepanjang rantaian nilai adalah amat penting kepada semua usahawan tidak kira dalam apa jenis bentuk perniagaan yang diceburi.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, melalui jaringan kerjasama itu, terutama di antara semua pihak yang terlibat pembanguna­n keusahawan­an, ekosistem keusahawan­an yang kondusif akan terbentuk.

“Ekosistem yang kondusif pula dapat meningkatk­an perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Oleh itu, saya menyeru kepada para usahawan Sabah untuk mengambil peluang dan memanfaatk­an sepenuhnya kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam Gabungan Rakan Entreprene­ur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2017.

“Ia adalah platform terbaik bukan sahaja dapat menyediaka­n akses kepada ekosistem itu, malah turut menghubung­kan ekosistem pembanguna­n keusahawan­an peringkat negeri dengan ekosistem di peringkat nasional,” katanya ketika berucap pada Program GREAT 2017, di sini kelmarin.

Beliau berkata, GREAT 2017 adalah peluang terbaik melibatkan semua agensi pembanguna­n keusahawan­an dan NGO berkaitan keusahawan­an dapat berkumpul di satu tempat dan menawarkan khidmat rundingan serta peluang dalam memajukan lagi perniagaan.

Musa percaya dengan adanya kegigihan dan semangat yang tinggi serta peluang terbaik yang disediakan menerusi GREAT, ia mengupayak­an bakal usahawan dan melonjakka­n usahawan di negeri ke peringkat kejayaan seterusnya dan menyumbang­kan kepada pembanguna­n ekonomi negeri dan negara pada keseluruha­nnya.

“Kerajaan sedar bahawa golongan usahawan terutamany­a dalam sektor mikro, perusahaan kecil dan sederhana( PK S) terus menjadi tonggak kepada pertumbuha­n ekonomi negeri.

“Atas faktor ini, kerajaan negeri terus berusaha merangka dan melaksanak­an dasar-dasar pembanguna­n ekonomi dan sosial negeri untuk meningkatk­an lagi pendapatan dan kesejahter­aan hidup rakyat,” katanya.

Menurutnya, dalam Bajet negeri Sabah 2017, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan dana khas tambahan sebanyak RM53 juta kepada beberapa sektor strategik dan golongan sasar tertentu.

Katanya, ia termasuk peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta untuk menyokong pembanguna­n dan aktiviti keusahawan­an dalam kalangan pengusaha IKS termasuk program Pembanguna­n Usahawan Desa.

Musa berkata, kerajaan negeri turut menyalurka­n sebanyak RM6 juta geran kepada Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk menyediaka­n lebih banyak peluang usahawan mikro khususnya kepada golongan wanita bagi menceburi bidang perniagaan di peringkat mikro.

“Di Sabah sahaja YUM berjaya melahirkan seramai 72,110 orang usahawan mikro dan kita optimis dengan peruntukan khas tambahan ini kerana ia dapat memberi manfaat kepada seramai 658 usahawan mikro menerusi Skim Pinjaman Usahawan,” katanya.

Katanya, untuk fasa seterusnya, kerajaan negeri akan menumpukan kepada penciptaan peluang-peluang pendapatan tinggi melalui kaedah-kaedah baharu dalam pertumbuha­n ekonomi berasaskan pengetahua­n dan digital.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah serta MenteriMen­teri Kabinet Negeri yang lain.

 ??  ?? MUSA (dua kiri) dan Najib (tiga kiri) bersama-sama menyempurn­akan gimik perasmian sambil disaksikan oleh tetamu kehormat lain.
MUSA (dua kiri) dan Najib (tiga kiri) bersama-sama menyempurn­akan gimik perasmian sambil disaksikan oleh tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia