Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat jadi mata dan telinga kerajaan

-

TAWAU: Pemimpin masyarakat perlu menjadi mata dan telinga kepada kerajaan memandangk­an peranan mereka adalah penting dalam rancangan memajukan lagi negeri ini.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berharap para pemimpin masyarakat khususnya di DUN Tanjong Batu supaya lebih kerap turun padang untuk menemui rakyat.

“Pemimpin masyarakat seperti Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri mempunyai peranan penting sebagai penghubung rakyat dan kerajaan dalam pentadbira­n negeri ini khususnya d daerah Tawau.

“Kelebihan ini perlu dimanfaatk­an oleh mereka untuk memberitah­u kepada rakyat mengenai dasar kerajaan supaya usaha pembanguna­n dapat dilaksana dengan lancar dalam kawasan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Taklimat dan Amanat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu kepada 40 orang pemimpin masyarakat dari kawasan DUN Tanjong Batu di Mini Dewan Sri Intan Tawau, kelmarin.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, pemimpin masyarakat juga perlu memperting­katkan lagi kefahaman rakyat terutama di kawasan luar bandar mengenai usaha gigih kerajaan dalam menaik taraf kehidupan mereka.

Jelas beliau mereka perlu berganding bahu dalam menyalur maklumat tepat supaya sebarang tindakan penguatkua­saan dapat dilakukan segera, selain memberi penerangan kepada orang ramai supaya mereka juga boleh memainkan peranan dalam membantu usaha mencegah perbuatan salah yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggun­gjawab.

“Permimpin masyarakat peringkat kampung digesa sentiasa turun padang mendengar keluhan serta masalah masyarakat supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan sebaik mungkin.

“Melalui sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang cekap dan berkesan melalui konsep turun padang, ia diyakini dapat menawan hati masyarakat.

“Pemimpin masyarakat harus berasa bertuah kerana terpilih untuk berkhidmat dengan masyarakat dan mereka perlu membalas kepercayaa­n dan amanah yang diberikan dengan melaksanak­an tugas itu secara bersungguh sungguh ,” ujarnya.

 ??  ?? HAMISA semasa memberi taklimat dan ucapan kepada 40 orang pemimpin masyarakat yang hadir Mini Dewan Sri Intan Tawau, kelmarin.
HAMISA semasa memberi taklimat dan ucapan kepada 40 orang pemimpin masyarakat yang hadir Mini Dewan Sri Intan Tawau, kelmarin.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemimpin masyarakat daripada kawasan DUN Tanjong Batu.
SEBAHAGIAN pemimpin masyarakat daripada kawasan DUN Tanjong Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia