Utusan Borneo (Sabah)

RM350,000 bina dewan baru Kampung Bundu Tara

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Masyarakat Kampung Bundu Tara di sini bakal memiliki dewan baharu yang lebih selesa dan lengkap di kampung itu.

Keadaan balai raya sekarang agak uzur dan serba kekurangan akan digantikan dengan dewan baharu apabila peruntukan sebanyak RM350,000 telah pun diluluskan oleh kerajaan.

Berita gembira itu diumumkan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun ketika berucap pada Program Jelajah Kasih Kg Bundu & Bundu MTB Race, kelmarin.

“Saya sudah memohon dan alhamdulil­ah kerajaan melalui Kementeria­n Perumahan Dan Kerajaan Tempatante­lahmelulus­kan RM350,000 bagi membina sebuah dewan baru untuk masyarakat Kg Bundu.

“Pembinaan dewan ini akan dimulakan dalam masa terdekat setelah beberapa proses selesai dan bagi lokasinya pula ianya mungkin akan dibina berdekatan dengan balai raya kerana berhampira­n dengan jalan raya utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Program Jelajah Kasih Kg Bundu, kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Shaid Othman, Timbalan Ketua Bahagian Umno Beaufort Mohd Fadzlee Lee Abdullah serta Pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kuala Penyu Raymond Jury.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, dengan adanya dewan baru itu nanti ianya diharap dapat memenuhi keperluan penduduk khususnya di Kampung Bundu dan sekitarnya.

“Diharap dengan terbinanya kemudahan ini ianya dapat memberi keselesaan kepada penduduk dalam menjalanka­n sebarang aktiviti serta program sama ada kecil-kecilan mahupun besar-besaran,” katanya.

 ??  ?? AZIZAH (tujuh kanan) melawat ke salah sebuah gerai pameran yang menjual ‘sigar’ di majlis itu.
AZIZAH (tujuh kanan) melawat ke salah sebuah gerai pameran yang menjual ‘sigar’ di majlis itu.
 ??  ?? AZIZAH (enam kiri) memotong riben banting sebagai gimik perasmian majlis berkenaan.
AZIZAH (enam kiri) memotong riben banting sebagai gimik perasmian majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia