Utusan Borneo (Sabah)

Kualiti perjuangan Umno hebat

Menimbulka­n rasa cemburu kepada parti pembangkan­g

-

SIPITANG: Keperkasaa­n dan kehebatan kualiti perjuangan yang diperlihat­kan oleh Umno Sabah menimbulka­n rasa cemburu kepada parti pembangkan­g.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata pelbagai usaha dilakukano­lehpembang­kang untuk menggugat Umno Sabah.

“Usaha itu bukan hanya di kalangan pemimpin pembangkan­g daripada negeri ini tetapi juga daripada negeri lain tetapi hasilnya Umno Sabah terus ‘Tatap Mantap,” katanya ketika ditemui pada Larian Bendera Umno sempena sambutan ulang tahun Umno di sini kelmarin.

Beliau berkata hubungan kukuh anggota Umno pada semua peringkat merupakan halangan utama kepada pembangkan­g.

Katanya barisan kepimpinan pada peringkat kebangsaan, negeri, bahagian dan cawangan mempunyai hubungan yang amat rapat dan kukuh.

Menurutnya hubungan itulah yang menimbulka­n rasa cemburu kepada pembangkan­g.

Katanya pembangkan­g amat sukar untuk membina hubungan yang kukuh sepertiman­a yang dilakukan oleh Umno.

“Keperkasaa­n dan kehebatan hubungan itulah yang melahirkan kualiti perjuangan anggota Umno negeri ini,” katanya lagi.

Beliauberk­atakeperka­saan dan kehebatan itu turut diperlihat­kan oleh Umno dalam hubunganny­a dengan parti komponen.

Katanya hubungan kukuh dan mantap dengan parti komponen meletakkan Barisan Nasional Sabah sukar untuk diganggu gugat.

Bagaimanap­un Sapawi menegaskan bahawa kehebatan itu tetap tidak membuat Umno malah BN untuk mengabaika­n rakyat.

Sebaliknya perjuangan untuk rakyat tetap utama dan perjuangan itu tidak pernah berubah, katanya dan menambah keutamaan itulah yang membuatkan rakyat terus percaya dan yakin dengan Umno dan BN.

Mengenai larian itu Sapawi berkata ia mampu memberikan impak yang besar dalam menimbulka­n rangsangan dan motivasi terutama kepada generasi muda bahawa perjuangan Umno terus relevan dalam setiap waktu dan masa.

Ketua Umno Bahagian Sipitang itu juga berkata larian bendera ini juga menunjukka­n bahawa Umno berada dalam keadaan siapsiaga dalam perjuangan dan setiap lapisan kepimpinan­nya teguh dengan semangat patriotism­e dan cintakan kepada parti.

Hadir sama pada majlis itu termasukla­h Timbalan Ketua Umno Sipitang Datuk Kamarlin Ombi, Naib Ketua Umno Sipitang Datuk Ahmad Bujang, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wainta Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Suzie Hamat.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pembangkan­g untuk menggugat Umno Sabah. DATUK SAPAWI AHMAD Ketua Penerangan Umno Sabah

 ??  ?? (Gambar kanan) BERSAMA Kamarlin dan Ahmad dengan rombongan meluangkan ‘Tatap Umno’ pada majlis itu.
(Gambar kanan) BERSAMA Kamarlin dan Ahmad dengan rombongan meluangkan ‘Tatap Umno’ pada majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI bersama Kamarlin dan Ahmad serta sedang berjalan membawa bendera Umno ketika Larian Bendera Umno Peringkat Umno Bahagian Sipitang.
SAPAWI bersama Kamarlin dan Ahmad serta sedang berjalan membawa bendera Umno ketika Larian Bendera Umno Peringkat Umno Bahagian Sipitang.
 ??  ?? (Gambar atas) SAPAWI bersama Kamarlin dan Ahmad merakamkan kenangan dengan pasukan bola sepak Umno Sipitang yang akan mewakili Umno Sabah ke Karnival Sukan Umno di Kuala Lumpur.
(Gambar atas) SAPAWI bersama Kamarlin dan Ahmad merakamkan kenangan dengan pasukan bola sepak Umno Sipitang yang akan mewakili Umno Sabah ke Karnival Sukan Umno di Kuala Lumpur.
 ??  ?? SAPAWI, Kamarlin dan Ahmad melepaskan konvoi larian bendera Umno di Dataran Esplanade Sipitang.
SAPAWI, Kamarlin dan Ahmad melepaskan konvoi larian bendera Umno di Dataran Esplanade Sipitang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia