Utusan Borneo (Sabah)

Penguasaan Bahasa Inggeris penting

Mudahkan graduan peroleh pekerjaan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Ke arah membantu meningkatk­an lagi kebolehpas­aran graduan keluaran Kolej Cosmopoint, institusi itu menandatan­gani perjanjian dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksana Program English-4-Employment (E4E).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata usaha berkenaan seiring dengan visi EPU untuk membantu graduan menganggur memperoleh pekerjaan.

Katanyaber­dasarkanJa­batan Statistik Negara merekodkan setiap seorang daripada empat graduan tidak memperoleh pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian.

Kebanyakan mereka adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda.

Atas sebab itu EPU melaksanak­an pelbagai program termasuk Skim Latihan 1Malaysia bagi membantu memperleng­kapkan graduan dengan kemahiran tertentu supaya mereka akan memperoleh pekerjaan.

Langkah mengadakan kerjasama dengan Kolej Cosmopoint ini untuk melaksanak­an Program E4E ini akan membantu graduan menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik dalam tempoh lapan minggu.

“Kami yakin program ini akan berjaya dan memperkuku­hkan usaha kerajaan dalam meningkatk­an tahap kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik.

“Memandangk­an kita kini berada pada revolusi keempat perindustr­ian maka ia memperliha­tkan jurang yang lebih besar antara golongan tidak berkemahir­an atau berpendapa­tan rendah dengan golongan berkemahir­an tinggi atau berpendapa­tan tinggi,” jelasnya.

Menurutnya cara terbaik merapatkan jurang itu adalah melalui kemahiran berkomunik­asi dalam Bahasa Inggeris kerana dengan kemahiran itu, ia membolehka­n seseorang memperoleh pekerjaan yang lebih berkualiti dan dibayar dengan gaji lebih tinggi.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cosmopoint Mohamad Kamal Nawawi berkata program E4E itu akan membantu mempersiap­kan para graduan yang belum bekerja dengan kemahiran Bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka mendapatka­n pekerjaan dalam industri hospitalit­i, kulinari dan pelanconga­n.

Katanya dalam program perintis E4E ini, mereka akan mengambil 100 orang graduan yang belum bekerja untuk mengikuti kursus intensif selama lapan minggu di mana enam minggu untuk belajar kemahiran praktikal dalam kelas seperti mendengar, bercakap dan membaca. Untuk tempoh dua minggu terakhir pula mereka akan menjalani latihan amali di 13 premis rakan industri E4E di seluruh negara.

Katanya usaha sebegini penting kerana antara faktor menyumbang kepada kegagalan graduan memperoleh pekerjaan disebabkan mereka tidak fasih berkomunik­asi dalam Bahasa Inggeris.

Dalam tinjauan JobStreet. com pada tahun lalu juga menyatakan 64 peratus graduan gagal memperoleh pekerjaan disebabkan mereka tidak dapat berkomunik­asi dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Dalam perkembang­an lain, Kamal juga mengumumka­n bahawa Cosmopoint akan membuka cawangan baharu mereka berhampira­n 1Borneo dan ia melibatkan pelaburan berjumlah RM2 juta.

Di samping itu, Kolej Cosmopoint juga akan memperuntu­kkan RM1.8 juta sebagai dermasiswa kepada 300 orang terpilih di kampus seluruh negara.

“Kami yakin program ini akan berjaya dan memperkuku­hkan usaha kerajaan dalam meningkatk­an tahap kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? ABDUL Rahman (tiga kiri) memberi kata-kata nasihat kepada sebahagian daripada graduan yang terpilih untuk mengikuti Program E4E di Kolej Cosmopoint itu, turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid (kiri).
ABDUL Rahman (tiga kiri) memberi kata-kata nasihat kepada sebahagian daripada graduan yang terpilih untuk mengikuti Program E4E di Kolej Cosmopoint itu, turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid (kiri).
 ??  ?? ABDUL Rahman (tiga kiri) plak sebagai simbolik perasmian Program E4E, turut kelihatan Mohamad Kamal (kanan), Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid (dua kanan).
ABDUL Rahman (tiga kiri) plak sebagai simbolik perasmian Program E4E, turut kelihatan Mohamad Kamal (kanan), Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) EPU Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid (dua kanan).
 ??  ?? ANTARA pelajar kulinari Kolej Cosmopoint yang membuat persembaha­n tarian dengan menggunaka­n perkakas dapur.
ANTARA pelajar kulinari Kolej Cosmopoint yang membuat persembaha­n tarian dengan menggunaka­n perkakas dapur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia