Utusan Borneo (Sabah)

Letak kesetiaan tahap tertinggi

Harapan terhadap ATM agar kedaulatan negara tidak digugat

-

Beta menyeru kepada pewaris ATM supaya melonjakka­n kedudukan angkatan ini ke puncak yang lebih tinggi dan mercu kegemilang­an yang mutlak. SULTAN MUHAMMAD V Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Setiap lapisan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diharapkan terus meletakkan kesetiaan di tahap tertinggi agar kedaulatan negara tidak digugat, titah Yang diPertuan Agong, Sultan Muhammad V, kelmarin.

Baginda bertitah taat setia dan kecemerlan­gan ATM adalah legasi yang telah diwariskan oleh pejuang terdahulu yang berkorban demi bangsa dan negara.

“Beta menyeru kepada pewaris ATM supaya melonjakka­n kedudukan angkatan ini ke puncak yang lebih tinggi dan mercu kegemilang­an yang mutlak.

“ATM hendaklah terus melipatgan­dakan segala daya dan usaha untuk memperkasa­kan tahap siap sedia dan memperting­katkan tahap keterampil­an warganya agar angkatan tentera beta berdiri gah dan disegani,” titah baginda pada Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka sempena pertabalan baginda sebagai Yang diPertuan Agong ke-15 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Baginda turut berpuas hati denganpenc­apaianATMy­ang telah berjaya melaksanak­an peranannya sebagai tiang seri pertahanan dan kedaulatan negara, dan baginda turut menggelark­an ATM sebagai sebuah angkatan yang serba boleh.

Keberangka­tantibabag­inda di Dataran Panglima Tentera Darat , Kem Perdana Sungai Besi, disambut dengan lagu Negaraku dan tembakan meriam kehormatan 21 das.

Seri Paduka kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 26 pegawai dan 588 anggota lain-lain pangkat bagi ketiga-tiga perkhidmat­an ATM yang diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perbarisan yang diketuai Lt. Kolonel Johan Effendi Mohd Salleh itu terdiri daripada lima kontinjen utama iaitu tiga kontinjen dari Tentera Darat iaitu kontinjen Rejimen Askar Melayu Diraja, kontinjen Renjer Diraja dan kontinjen Kor Armor Diraja selain kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebaik selesai pemeriksaa­n barisan ATM, sembilan buah pesawat terdiri daripada tiga pesawat Agusta, sebuah pesawat Superlynx, sebuah pesawat Nuri, dua buah pesawat EC725 serta dua pesawat Fennex terbang di ruang udara bagi upacara lintas hormat.

Pesawat-pesawat tersebut telahmemba­waJalurGem­ilang, bendera ATM dan bendera ketiga-tiga perkhidmat­an.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di dataran itu pada penghujung istiadat disusuli dengan bacaan doa.

Sultan Muhammad V kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan sebelum berangkat ke majlis santapan ringan.

Turut hadir ke istiadat itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein serta panglima dari ketiga-tiga cabang perkhidmat­an ATM.Bernama

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat istiadat perbarisan memuliakan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Dataran PTD Kem Sungai Besi kelmarin.
YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memeriksa perbarisan kawalan kehormat istiadat perbarisan memuliakan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Dataran PTD Kem Sungai Besi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia