Utusan Borneo (Sabah)

Jenazah pelumba Cup Prix dikebumika­n di Sendayan

-

SEREMBAN: Jenazah pelumba CP150, Norizman Ismail yang maut selepas terlibat dalam kemalangan semasasesi­ujianmasap­usingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, Jumaat lepas, akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sendayan di sini.

Bapa mertua Allahyarha­m, Raduan Ahmad, 64, berkata jenazah Norizman, 32, pelumba pasukan ONEXOX TKKR Racing, tiba dikediaman­nya pada pukul 7.20 pagi dan akan disembahya­ngkan di surau Taman Nuri Bayu 2, dekat sini, sebelum dikebumika­n sebelum Zohor.

Arwah yang memulakan karier di Cub Prix pada 2004 dan merangkul gelaran juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2001, meninggalk­an seorang isteri, Nurul Aida Raduan, 27, dan tiga orang anak.

“Arwah memang seorang yang sentiasa berusaha, kalau sekadar pengalaman sahaja dia tidak akan capai satu kejayaan,” kata Raduan, yang juga pembimbing pelumba pasukan itu, kepada Bernama ketika ditemui di kediamanny­a di sini, kelmarin.

Selain Norizman, beliau juga sebelum ini pernah melatih pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan beberapa pelumba cub prix lain seperti Zamri Baba dan Azlan Shah Kamaruzama­n.

“Walaupunpa­sukaniniba­ru ditubuhkan setahun setengah tetapi telah menunjukka­n prestasi membanggak­an dan dengan adanya arwah dalam pasukan ini, dialah yang membimbing pelumbapel­umba muda ini.

Raduan dalam pada itu menyifatka­n menantunya itu merupakan seorang pelumba yang mempunyai semangat kental dan bercita-cita tinggi dalam setiap perlumbaan yang disertainy­a.

Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang ketika mendapatka­n rawatan di hospital di Kemaman.

Allahyarha­m mengalami kecederaan parah selepas terjatuh di selekoh pertama pada sesi ujian tersebut.

Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn Bhd., membatalka­n perlumbaan yang dijadualka­n hujung minggu ini sebagai tanda hormat kepada pelumba itu.

Sementara itu, Pengurus pasukan ONEXOX TKKR, Alizan Tambi menyifatka­n arwah sebagai seorang yang berdisipli­n dan mempunyai komitmen tinggi dalam sukan permotoran.

“Komitmen beliau memang kita tak nafikan dan dia akan membuat sesuatu untuk mencapai kemenangan. Beliau seorang pelumba yang mempunyai semangat jitu untuk memenangi apaapa kejohanan yang disertai,” katanya dalam nada sebak. -Bernama

 ??  ?? JENAZAH bekas juara Cub Prix kebangsaan, Norizman Ismail yang maut semalam selepas terjatuh semasa sesi ujian masa pusingan ketiga Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, disembahya­ngkan dan dikebumika­n di Tanah...
JENAZAH bekas juara Cub Prix kebangsaan, Norizman Ismail yang maut semalam selepas terjatuh semasa sesi ujian masa pusingan ketiga Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Baru Kijal, Kemaman, Terengganu, disembahya­ngkan dan dikebumika­n di Tanah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia