Utusan Borneo (Sabah)

Rawatan bahayakan nyawa

Tiada bukti terapi ozon beri kebaikan kepada pengguna

-

“Kita harap pengguna dapat berfikir dengan betul sebelum membuat rawatan berkenaan. DATUK SERI DR HILMI YAHAYA Timbalan Menteri Kesihatan

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan akan mengkaji permintaan Pertubuhan Pengamal Perubatan Ozon Malaysia untuk menyemak keputusan mengharamk­an rawatan terapi ozon di semua salun kecantikan dan klinik, kata timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Bagaimanap­un, katanya, tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukka­n rawatan terapi ozon mendatangk­an kebaikan dan manfaat kepada pengguna, malah ia hanya membahayak­an nyawa pengguna.

Rabu lepas, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramania­n mengumumka­n pengharama­n rawatan terapi ozon kerana ia boleh menyebabka­n komplikasi perubatan sehingga menyebabka­n kematian.

“Kita harap pengguna dapat berfikir dengan betul sebelum membuat rawatan berkenaan,” kata Dr Hilmi kepada pemberita selepas merasmikan Pertanding­an Jom Cari Siput Peringkat Parlimen Balik Pulau di Pantai Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, di sini kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Dr Hilmi, yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau, terus membantah hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menambak laut di kawasan Gertak Sanggul yang terletak di kawasan selatan negeri ini.

“Kawasan Gertak Sanggul ini kaya dengan hasil laut seperti siput, udang dan ikan. kawasan ini merupakan kawasan yang istimewa kerana ia terlindung dari musim tengkujuh yang membolehka­n nelayan dan orang ramai mencari sumber laut sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata rancangan penambakan laut itu akan menggangu ekosistem kehidupan laut serta menjejaska­n rezeki nelayan di negeri itu.

Sementara itu seorang suri rumah, Mahsuri Husin,57, yang turut menyertai program mencari siput ketika ditemui Bernama turut senada dengan Dr Hilmi agar kawasan Gertak Sanggul tidak ditambak laut.

“Saya tidak setuju 100 peratus jika nak tambak laut kawasan ini, Inilah tempat nelayan mencari rezeki juga kami. Bayangkan kalau ditambak tidak ada lagi aktiviti mencari siput seperti hari ini yang turut mendapat perhatian golongan kanak-kanak belajar mencari siput.,’katanya.

Wanita yang berasal dari Sungai Batu, Teluk Kumbar itu, berkata beliau turut menjana pendapatan sampingan dengan mengutip siput di pantai itu dan kebiasaann­ya akan memperoleh 10 kilogram siput sehari dan kemudianny­a di jual di restoran dengan harga RM30 untuk sekilogram siput. -Bernama

 ??  ?? HILMI (kiri) melihat jenis siput yang dicari oleh peserta selepas merasmikan pertanding­an ‘Jom Cari Siput’ di Pantai Gertak Sanggul, Teluk Kumbar yang dianjurkan oleh Parlimen Balik Pulau, kelmarin. -Gambar Bernama
HILMI (kiri) melihat jenis siput yang dicari oleh peserta selepas merasmikan pertanding­an ‘Jom Cari Siput’ di Pantai Gertak Sanggul, Teluk Kumbar yang dianjurkan oleh Parlimen Balik Pulau, kelmarin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia