Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran tunai zakat perniagaan semakin meningkat

-

PUTRAJAYA: Kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat perniagaan semakin meningkat dalam kalangan umat Islam di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZMAIWP) Mohd Rais Alias.

Beliau berkata ia dapat dilihat apabila kutipan zakat perniagaan Wilayah Persekutua­n meningkat setiap tahun dan pihaknya akan terus menggunaka­n pelbagai pendekatan bagi mendekati golongan sasar menunaikan tanggungja­wab berzakat.

“Zakat ini memberikan kesuburan kepada harta yang ada. Jadi kami menyeru kepada mereka yang berkewajip­an menunaikan zakat itu untuk tampil ke hadapan,” katanya kepada pemberitas­elepasmera­smikan Seminar Pelaburan Saham, Hartanah dan Kewangan, di sini kelmarin.

Program yang dihadiri 1,500 peserta itu adalah kesinambun­gan daripada seminar pada tahun lepas, dengan kerjasama Asri Ahmad Academy (Team AAA), Bursa Marketplac­e, Koperasi Remisier Bumiputra Berhad, Perbadanan Putrajaya dan 9 Equity Wealth Creations.

Beliau berkata, ia turut memberi pendedahan kepada umum mengenai tips melabur dalam pasaran saham patuh syariah dan hartanah, di samping mengajak orang ramai agar dekat dengan zakat.

Sementara itu, mentor pelaburan yang juga ikon Bursa Marketplac­e, Mohd Asri Ahmad berharap seminar itu akan memberi pendedahan mengenai cara melabur yang betul, memandangk­an masih ramai masyarakat Islam di negara ini yang tertipu dengan skim haram.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengenai nasib 200,000 pelabur yang kerugian RM2 bilion selepas menyertai skim pelaburan haram, katanya ia tidak sepatutnya berlaku berikutan maklumat mengenai syarikat terlibat boleh diperoleh dengan mudah.

“Laman web Bank Negara dan Suruhanjay­a Sekuriti ada menyenarai­kan syarikat yang terlibat dengan skim pelaburan haram, malangnya masih ada yang tertipu,” katanya.

Beliau berkata seminar itu juga diharap dapat menarik lebih ramai golongan bumiputera muda untuk membuka akaun Central Depository System (CDS) di Bursa Malaysia.

Menurutnya ketika ini terdapat kira-kira sejuta akaun bumiputera dengan 250,000 daripadany­a bergiat aktif di pasaran saham. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? KIRA-KIRA 1,500 peserta hadir ke Seminar Pelaburan dan Hartanah Pusat Pungutan Zakat (PPZ- MAIWP), di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya kelmarin.
GambarBern­ama KIRA-KIRA 1,500 peserta hadir ke Seminar Pelaburan dan Hartanah Pusat Pungutan Zakat (PPZ- MAIWP), di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia