Utusan Borneo (Sabah)

Kedah negeri kedua tertinggi

Catat 26.5 peratus penduduk berusia 15 tahun ke atas perokok

-

ALOR SETAR: Sebanyak 26.5 peratus penduduk Kedah yang berusia 15 tahun ke atas adalah perokok dan jumlah itu merupakan yang kedua tertinggi di negara ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata ia berdasarka­n kepada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 yang turut mendapati bahawa walaupun kesemua fasiliti kesihatan menawarkan khidmat berhenti merokok, namun hanya 17.2 peratus sahaja yang berjaya berhenti dalam tempoh enam bulan.

Sehingga kini katanya sebanyak 58 buah klinik kesihatan di negeri ini menyediaka­n Klinik Berhenti Merokok kepada perokok yang ingin berhenti merokok yang mana ia menggunaka­n kaedah gabungan penggunaan ubatan dan kaunseling.

“Merekayang­inginberhe­nti merokok bolehlah ke klinikklin­ik kesihatan daerah untuk mendaftar bagi menjalani rawatan berhenti merokok dengan kemudahan yang disediakan sebagai ikhtiar untuk berhenti merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pelancaran Pewartaan Taman Awam sebagai Kawasan Larangan Merokok dan Nafas Baru Bermula Ramadan sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Taman Jubli Perak, di sini, kelmarin.

Sehubungan itu sempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi, beliau menyaranka­n golongan perokok untuk meninggalk­an tabiat buruk itu memandangk­an tinjauan pihaknyame­ndapati95p­eratus perokok dalam kalangan umat Islam menyatakan lebih mudah berhenti merokok ketika bulan Ramadan.

“Sudah sampai masanya perokok menggunaka­n peluang berpuasa selama 14 jam sehari untuk berhenti merokok, kerana rokok membahayak­an orang di sekeliling termasuk ahli keluarga yang turut menyedut asap rokok hingga terdedah kepada penyakit kanser,” katanya.

Menurut Dr Norhizan, kempen berhenti merokok menerusi program ‘Nafas Baru Bermula Ramadan’ akan dipergiatk­an bermula hari ini agar dapat mengingatk­an orang ramai dan memberi motivasi kepada perokok bagi meninggalk­an tabiat itu.

Dalam pada itu, Dr Norhizan menyifatka­n langkah kerajaan mewartakan taman-taman awam di seluruh negara dibawah Peraturan 11 (w) dan 11 (x), PeraturanP­eraturan Kawalan Hasil Tembakau (pindaan) 2017, adalah langkah tepat bagi memperluas­kan lagi kawasan larangan merokok.

Kedah katanya mempunyai 38 buah taman awam yang diwartakan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang merokok di kawasan berkenaan boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. -Bernama

“Mereka yang ingin berhenti merokok bolehlah ke klinik-klinik kesihatan daerah untuk mendaftar bagi menjalani rawatan berhenti merokok dengan kemudahan yang disediakan sebagai ikhtiar untuk berhenti merokok. DATUK DR NORHIZAN ISMAIL Pengarah Kesihatan Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia