Utusan Borneo (Sabah)

Mara Kelantan diperuntuk RM34 juta laksana program pembanguna­n usahawan

-

KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kelantan diperuntuk­kan sebanyak RM34 juta untuk membantu usahawan yang dianggarka­n seramai 2,278 orang di negeri ini, pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak RM32 juta diagihkan dalam bentuk bantuan pinjaman kewangan yang dijangka akan dapat dimanfaatk­an oleh 360 orang usahawan.

“Baki sebanyak RM2 juta lagi adalah dalam bentuk latihan kepada usahawan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Usahawan Mara Kelantan di sini, malam kelmarin.

Ismail Sabri berkata Mara telah merangka program pembanguna­n usahawan yang sistematik dan holistik bagi melahirkan usahawan Bumiputera yang bukan sahaja menjadi juara peringkat nasional malah peringkat global.

Beliau berkata antara aspek yang diberi penekanan dalam program pembanguna­n usahawan tersebut adalah pembanguna­n produk, penjenamaa­n dan pembanguna­n standard.

“Ini merupakan elemen yang penting untuk usahawan beri penekanan supaya mereka tidak terpinggir dalam arus pembanguna­n peringkat nasional dan global,” katanya.

Beliau mahu usahawan bersama Mara meneroka bidang baharu seperti aeroangkas­a, marin dan tenaga boleh diperbahar­ui, untuk melahirkan usahawan berasaskan teknologi terkini.

Turut hadir bersama lebih 500 usahawan Kelantan ialah Pengarah Mara Kelantan, Ismail Abdullah dan Pengerusi Persatuan Usahawan Mara Kelantan, Mohd Nazir Daut. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? ISMAIL (kanan) menyampaik­an anugerah Usahawan Korporat Kelantan dalam bentuk geran berjumlah RM15,000 kepada Abd Hakim Awang (kiri) mewakili syarikat Geliga Sari Sdn. Bhd. pada majlis makan malam bertemakan night of glitters usahawan Mara Kelantan 2017.
GambarBern­ama ISMAIL (kanan) menyampaik­an anugerah Usahawan Korporat Kelantan dalam bentuk geran berjumlah RM15,000 kepada Abd Hakim Awang (kiri) mewakili syarikat Geliga Sari Sdn. Bhd. pada majlis makan malam bertemakan night of glitters usahawan Mara Kelantan 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia