Utusan Borneo (Sabah)

Joro, Alex juarai kategori masing-masing

Kejohanan Kaamatan RC Crawler Open Challenge Sabah

- Oleh JOHAN AZIZ AKSI seorang juara, Alex Chang.

JORO dan Alex Chang masing-masing muncul sebagai juara Kejohanan Kaamatan RC Crawler Open Challenge Sabah yang diadakan di sungai Kampung Agudon di sini, pada Isnin lalu.

Joro dengan nombor kereta 161 merangkul juara kategori 1.9 sementara tempat kedua Alex Chang (107) dan tempat ketiga Ah Lee (117).

Sementara itu pemenang tempat keempat hingga ke sepuluh kategori ini masingmasi­ng dimenangi oleh Fred (116), Adrian (119), Fikri (137), Ah Yong (138/, Kam Lee (123), Ah Hau (102) dan KB Boy (112).

Alex Chang dengan kereta bernombor 218 juara kategori 2.2, tempat kedua Joro (216) dan tempat ketiga Alex Hou (202).

Peserta- peserta yang menduduki tempat keempat hingga ke sepuluh kategori ini terdiri Ah Chai KK (210), Ah Kuan (220), O Boy (234), Danny Ranau (227), Ah Lee (217), Kun Kun (221) dan Adrian (219).

“Pemenang kedua-dua kategori dalam pertanding­an itu masing-masing menerima hadiah RM200 dan trofi bagi juara, pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah RM150 dan RM100 dan trofi,” kata pengerusi penganjur Gary Lin kepada Utusan Borneo.

Katanya, pemenang tempat keempat dan kelima masingmasi­ng menerima hadiah trofi dan wang tunai sementara pemenang keenam hingga kesepuluh menerima hadiah berupa medal bagi kedua-dua kategori.

Beliau memberitah­u, seramai 49 peserta dengan 73 kereta Crawler kawalan jauh menyertai Kaamatan Remote Control (RC) Crawler Open Challenge yang diadakan selama dua hari bermula 30 April dan berakhir Isnin lalu.

Gary memberitah­u daripada jumlah itu, seramai 44 kereta menyertai dalam kategori 1.9 sementara 29 kereta lagi menyertai dalam kategori 2.2.

“Penyertaan adalah dari seluruh Sabah terdiri Kota Kinabalu, Ranau, Kundasang, Pitas, Kota Marudu, Kinarut, Tawau, Tambunan, Tenom, Papar dan Keningau,” katanya.

Beliau memberitah­u bahawa kejohanan ini yang diadakan buat kali ketiga merupakan penyertaan yang terbesar berbanding tahun 2014 dan 2015.

Katanya, para peserta adalah terdiri mereka yang berumur dalam lingkungan 11 tahun hingga 47 tahun.

Kebanyakka­n peserta adalah terdiri dari mereka yang telah berpengala­man dalam pertanding RC dan terdapat juga peserta yang pernah bertanding di peringkat antarabang­sa yang diadakan di Hong Kong, Thailand, Indonesia, Filipina dan Selangor.

Pemenang kedua-dua kategori dalam pertanding­an itu masing-masing menerima hadiah RM200 dan trofi bagi juara, pemenang kedua dan ketiga masing-masing menerima hadiah RM150 dan RM100 dan trofi.” GARY LIN Pengerusi penganjur

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta bermalam di tepi sungai Kampung Agudon tempat pertanding­an itu diadakan.
PARA peserta bermalam di tepi sungai Kampung Agudon tempat pertanding­an itu diadakan.
 ??  ?? GARY menyampaik­an hadiah kepada pemenang juara kategori 1.9, Joro.
GARY menyampaik­an hadiah kepada pemenang juara kategori 1.9, Joro.
 ??  ?? PASUKAN dari Kota Kinabalu yang turut menyertai pertanding­an itu.
PASUKAN dari Kota Kinabalu yang turut menyertai pertanding­an itu.
 ??  ?? ALEX Chang juara kategori 2.2 menerima hadiah yang disampaika­n oleh Gary.
ALEX Chang juara kategori 2.2 menerima hadiah yang disampaika­n oleh Gary.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia