Utusan Borneo (Sabah)

Asal usul pekan kecil Bingkor

- Oleh ALFRED PETRUS

BINGKOR adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah pedalaman Sabah iaitu kira-kira 10 kilometer dari pekan Keningau.

Majoriti penduduk yang mendiami pekan bingkor adalah masyarakat Dusun yang mana terdapat dua etnik iaitu Gana dan Kuijau.

Melalui catatan penulis Binson A. Sabiah dalam bukunya Sejarah Keningau berkata, pada awalnya kesemua kampung berhampira­n dengan pekan kecil Bingkor yang sebelumnya dikenali sebagai Stesen Bingkor seperti Minansut, Naidat, Tangkungon, Kuangoh, Noupot, Kg. Baru, Liposu, dan lain-lainnya didiami oleh suku kaum Gana.

Sebelum suku kaum Gana dikenali dengan panggilan Gana, ia dikenali dengan nama Talinting kerana mereka sering memalu canang pada ketika berada dalam keadaan kecemasan dan sumpamanya. Talinting maknanya ‘isyarat kecemasan’ menggunaka­n canang.

Apabila kerajaan British menjalanka­n perangkaan pada ketika itu, maka orangorang Talinting ini diberi nama Gana kerana menghuni kawasan tanah rata yang mana dipanggil gana-gana dalam bahasa tempatanny­a.

Manakala suku Manindal yang menanam padi di atas bukit, dipanggil Kuyou bersempena dengan peristiwa huma mereka semua layu oleh bencana kemarau di sekitar tahun 1879 (Kuyou bererti layu).

Bagaimanap­un Kuyou dieja oleh orang Barat seperti Kwijau dan ejaan dalam bahasa Melayu adalah Kujau.

Menurut cerita lama, pada waktu suku Kujau turun ke lembah Bingkor, mereka dibantu oleh orang-orang Gana dengan memberi padi sehingga mereka memperoleh padinya sendiri.

Di sinilah titik mulanya dua suku kaum ini sering tolong menolong yang membawa ikatan silaturahi­m.

Sejarah awal menjelaska­n bahawa ‘Mangayou’ adalah budaya memancung kepala dianuti oleh etnik Gana serta suku-suku Dusun yang lain pada zaman dulu untuk memperliha­tkan kehandalan dan bagi melayakkan diri untuk mendapatka­n pasangan hidup yang disyaratka­n oleh para ibu bapa gadis jelita idaman seseorang jejaka sebagai bukti bahawa dia berupaya mempertaha­nkan keselamata­n isteri dan anakanakny­a kelak daripada ancaman musuh.

Pada zaman itu, sesiapa yang banyak menyimpan tengkorak musuh adalah wira sukunya.

Menurut penulisan Binson, Ambuli adalah di antara orang-orang yang banyak menyimpan tengkorak manusia di Kampung Bingkor sekitar 1887 hingga 1915.

Tengkorak-tengkorak berkenaan digantung di kaki lima rumahnya di Kampung ‘Bingku’.

Nama kampung ini sebenarnya berasal daripada perkataan Bingku yang bermaksud pancungank­u, tetapi orang Barat mengejanya Bingkor.

 ??  ?? MERCU tanda baharu yang terdapat di pekan Bingkor.
MERCU tanda baharu yang terdapat di pekan Bingkor.
 ??  ?? DEWAN terbuka tapak tamu Bingkor setiap Ahad.
DEWAN terbuka tapak tamu Bingkor setiap Ahad.
 ??  ?? BANGUNAN kedai pekan Bingkor.
BANGUNAN kedai pekan Bingkor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia