Utusan Borneo (Sabah)

BSMM komited lahir pelapis kepimpinan

Menerusi perkhemaha­n peringkat daerah Putatan

-

PUTATAN: Perkhemaha­n Keahlian Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) peringkat daerah Putatan komited melahirkan pelapis kepimpinan kalangan belia pergerakan berkenaan.

Seramai 96 peserta dan pegawai Bulan Sabit Merah Malaysia dari beberapa sekolah terlibat menjayakan perkhemaha­n selama tiga hari dua malam di perkaranga­n Ibu Pejabat BSMM negeri di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Putatan, Hajah Nanih Abah berkata belia merupakan aset penting sebagai kesinambun­gan kepimpinan BSMM masa hadapan.

“Sebagai sebuah pergerakan kemanusiaa­n dan kesukarela­wan terbesar di dunia ini pendedahan berkaitan peranan dan matlamat pergerakan perlu disampaika­n kepada semua ahli-ahli baharu dalam pergerakan tersebut terutama kalangan belia khususnya di daerah Putatan ini.

“Melalui perkhemaha­n ini ahli akan didedahkan dengan pelbagai maklumat dan pengetahua­n berkaitan peraturan dan undangunda­ng BSMM di peringkat sekolah agar setiap ahli lebih memahami matlamat dan tujuan pergerakan berkenaan.

Katanya, tugas sebagai seorang ahli BSMM amat mencabar terutama tugas yang sememangny­a berkaitan bantuan kecemasan kepada kalangan masyarakat dan kesukarela­wan dalam memberi bantuan tanpa kira masa dan dimana sahaja.

“Saya yakin, dalam setiap aktiviti dan sesi pembelajar­an yang dilaksanak­an sepanjang perkhemaha­n ini dapat menyuntik nilai positif kalangan para peserta dan berharap peserta dapat intipati serta panduan untuk menjadi seorang ahli BSMM yang sebenar.

Hajah Nanih berkata demikian semasa merasmikan Penutupan Perkhemaha­n Keahlian Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Putatan di perkaranga­n Ibu Pejabat BSMM Kota Kinabalu pada Isnin.

Tambahnya, sememangny­a tidak mudah bagi anak-anak BSMM mengikuti program ini, pasti ada di antaranya yang pertama kali dan tidak biasa tidur dalam khemah, terdedah dengan gigitan nyamuk dan ini semua adalah permulaan untuk mengajar diri menjadi seorang petugas BSMM yang tabah dan cekal hadapi apa juga cabaran kelak.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada guruguru penasihat BSMM di sekolah-sekolah serta Pejabat Pendidikan daerah atas sokongan menjayakan pelaksanaa­n program ini.

“Terima kasih kepada ibu bapa kerana turut memberi kepercayaa­n penuh kepada BSMMberkon­gsipengala­man dan didikan kepada ahli dalam usaha membentuk sahsia dan jati diri belia.

Di antara sekolah yang menyertai perkhemaha­n berkenaan adalah SMK Bahang, SMK Tansau, SMK Putatan, SMK Agama Tun Datu Mustapha, SMK Kinarut serta beberapa peserta jemputan dari sekitar daerah itu.

“Belia merupakan aset penting sebagai kesinambun­gan kepimpinan BSMM masa hadapan. HAJAH NANIH ABAH Pengerusi Bulan Sabit Merah Daerah Putatan

 ??  ?? (Gambar atas) MOHD Syafiq Amierul Syazwan Shahrian dari Sekolah Agama Tun Mustapha mengetuai angkat sumpah BSMM. (Gambar kiri) HAJAH NANIH (empat dari kanan) mengisi Tabung Jualan Bendera bersama wakil guru sekolah dan AJK sempena bulan jualan bendera...
(Gambar atas) MOHD Syafiq Amierul Syazwan Shahrian dari Sekolah Agama Tun Mustapha mengetuai angkat sumpah BSMM. (Gambar kiri) HAJAH NANIH (empat dari kanan) mengisi Tabung Jualan Bendera bersama wakil guru sekolah dan AJK sempena bulan jualan bendera...
 ??  ?? HAJAH NANIH bergambar kenangan bersama AJK, Guru Penasihat dan para peserta Perkhemaha­n Belia BSMM Daerah Putatan 2017.
HAJAH NANIH bergambar kenangan bersama AJK, Guru Penasihat dan para peserta Perkhemaha­n Belia BSMM Daerah Putatan 2017.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia