Utusan Borneo (Sabah)

Teater Family Business beri perspektif berbeza

Uji kemampuan pengarah, pelakon

- Artikel Sumbangan Leaikaa Aris

DIOLAH dari novel terkenal “God Father”, pementasan teater Family Business yang mengangkat kisah kekeluarga­an berlatarka­n dunia gelap mafia nyata memberi perspektif yang berbeza.

Biarpun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi pelakon utamanya Musran Basir yang membawakan watak Anthony anak kepada Don Vito Corleone.

Menurutnya, teater kali ini benar-benar memerlukan fahaman yang tinggi untuk setiap pengucapan dan penyelidik­an secara mendalam sebagai seorang mafia.

“Metod-metod kajian seperti imitasi atau peniruan watak daripada filem-filem, kajian psikologi dan sifat yang dimiliki oleh kumpulan manusia yang tertentu, dilakukan bagi menghidupk­an lagi watak yang dibawa.

“Segala perincian untuk menyempurn­akan teater ini memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi disebabkan oleh latar belakang dan budaya teater ini adalah berasal dari Itali,” katanya yang juga merupakan pelajar tahun akhir Kluster Teater, Fakulti Kebudayaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Teater Family Business arahan Azzahrawi, pelajar Seni Kreatif Kluster Teater ini dipentaska­n di Dewan Resital, FKSW UMS, pada 4 dan 5 Mei lalu.

“Teater kali ini memilih para pelakon yang bersesuaia­n dengan watak memandangk­an ia adalah sebuah teater yang berlatarka­n Itali.

“Latihan demi latihan dijalankan bagi memantapka­n lagi lakonan para pelakon. Saya amat berpuas hati kerana para kru teknikal dan pelakon telah memberikan komitmen yang baik,” katanya.

Sementara itu, penulis naskah Rashid Shikh Abdullah, berkata dengan tenaga baru, ruang baru dan persekitar­an baru pelajar-pelajar UMS pengkhusus­an teater telah melakukan pementasan yang terbaik.

“Tambahan pula, pada tahun 2012 saudara Juhan Junaidi (Azzahrawi) antara pelakon yang terlibat dalam Karyawan Muda dan memahami apa yang ingin disampaika­n di dalam naskah ini,” katanya graduan dari Universiti Limkokwing dan juga Akademi Seni Budaya dan Warisan ini.

Rashid Shikh Abdullah pernah mengarah beberapa buah pementasan teater seperti, “Dog Day Afternoon”, “Family Business”, “Ghairah”, “Natrah”, “Misery” dan terkini bakal mementaska­n “Tenggelamn­ya Kapal Van Der Wijck”.

Para pelakon dan teknikal di bawah produksi Laskar iaitu sebuah produksi khusus untuk teater ini, telah bekerja keras untuk menjayakan teater ini yang mana latihan dilakukan seawal bulan Mac lagi sebelum pementasan.

Setiap keperluan dan perincian untuk teater ini dikumpulka­n sebaik mungkin bermula dari sinografi, lakonan dan juga pengarahan.

Justeru, teater yang berkonsepk­an realisme ini bukan sahaja mengangkat kisah kekeluarga­an malah memberi impak yang besar kepada masyarakat.

“Segala perincian untuk menyempurn­akan teater ini memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi disebabkan oleh latar belakang dan budaya teater ini adalah berasal dari Itali. MUSRAN BASIR Pelakon utama

 ??  ?? PARA pelakon teater “Family Business”.
PARA pelakon teater “Family Business”.
 ??  ?? AZZAHRAWI
AZZAHRAWI
 ??  ?? POSTER memaparkan Musran sebagai Anthony.
POSTER memaparkan Musran sebagai Anthony.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia