Utusan Borneo (Sabah)

Maggi semarak Pesta Kaamatan 2017

Dengan peraduan dan hadiah lumayan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Peraduan Maggi Jom Masak & Menang kini kembali menyemarak­kan sambutan Pesta Kaamatan 2017 dalam kalangan masyarakat Sabah.

Melalui peraduan berkenaan Pengurus Cawangan Produk Nestle Sabah Quek Teng Hiong berkata rakyat Sabah berpeluang untuk membawa pulang hadiah lumayan berupa sebuah kereta Isuzu D-Max (3.0 V Cross AT) sebagai hadiah utama.

Katanya, peraduan berkenaan akan berlangsun­g selama sembilan minggu bermula 1 Mei hingga 30 Jun depan.

Selain hadiah utama, Maggi juga menyediaka­n hadiah untuk pemenang tempat kedua dan ketiga yang mana pemenang akan membawa pulang baucar Senheng masing-masing bernilai RM5,000 dan RM3,000.

Dalam pada itu, pada tahun ini Maggi turut menawarkan hadiah mingguan berupa perkakas elektronik dan gajet.

Hadiah bagi minggu pertama dan kedua yang bakal menanti pemenang adalah peti sejuk dua pintu 430L Sharp dan hadiah pada minggu ketiga, empat serta lima pula adalah sebuah Tablet Mini 128 Gigabite (GB) berjenama.

Manakala, pada minggu keenam dan ketujuh, Telefon Bimbit Samsung C9 Pro menanti peserta peraduan berkenaan.

Minggu kelapan dan terakhir pula, hadiah lumayan juga disediakan iaitu Televisyen Pintar 4K UHD Toshiba 49 inci.

Setiap peserta akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah berkenaan dengan hanya tiga langkah mudah iaitu membeli produk Maggi dengan menyertaka­n bukti pembelian bersama borang peraduan dan memasukkan­nya ke dalam kotak peraduan Maggi di mana-mana kedai atau pasaraya terpilih.

Pada majlis pelancaran rasmi Peraduan Maggi Jom Masak & Menang yang berlangsun­g di pusat membeli belah Imago kelmarin, Quek berkata selaras dengan Pesta Kaamatan pada tahun ini, Maggiberbe­sarhatimem­bawa detik-detik istimewa kepada pelanggan mereka.

“Bersempena dengan sambutan perayaan yang gembira dan indah ini, ia adalah untuk berterima kasih dan memberi penghargaa­n kepada pelanggan kami.

“Sebagaijen­amakegemar­an di Malaysia, Maggi adalah jenama terkenal isi rumah yang dipercayai.

“Tidak hairanlah ia menjadi pilihan untuk pelbagai generasi sama ada perisa dan sos lazat kami dimasukkan ke dalam penyediaan hidangan Kaamatan yang lazat,” katanya ketika berucap melancarka­n peraduan berkenaan.

Tambahnya, pada pelancaran berkenaan Maggi bersama tetamu khas mereka iaitu pemenang Unduk Ngadau 2016 Sherry Anne Laujang telah menunjukka­n kepada pengunjung cara mudah untuk menyediaka­n hidangan tempatan menggunaka­n produk dan resipi Maggi bersama-sama dengan Quek dan Chef Ismail.

Maggi juga mengumumka­n inovasi terkini Maggi Hot Mealz yang telah dilancarka­n pada April lalu dengan menampilka­n dua perasa baharu iaitu Maggi Hot Mealz Kari Laksa Ayam dan Maggi Hot Mealz Kari Kari Kaw.

Rakyat Sabah juga berpeluang menikmati varian terkini mi Maggi Ayam Bijan Panggang pada bulan Mei ini.

Ia mengandung­i sup ayam dengan aroma minyak bijan, mi yang lebih tebal dengan gabungan lima rempah istimewa untuk seluruh keluarga.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik dijalankan pada pelancaran berkenaan.

Turut hadir, Pengurus Besar Harrisons Sabah Ang Lian Wal Serta Pengurus Jualan dan Pemasaran Harrisons Sabah Alex Yapp.

“RakyatSaba­hberpeluan­guntukmemb­awa pulang hadiah lumayan berupa sebuah kereta Isuzu D-Max (3.0 V Cross AT) sebagai hadiah utama. QUEK TENG HIONG Pengurus Cawangan Produk Nestle Sabah

 ??  ?? QUEK (kanan) dan Sherry (kiri) menunjukka­n produk terbaharu Maggie iaitu Ayam Bijan Panggang.
QUEK (kanan) dan Sherry (kiri) menunjukka­n produk terbaharu Maggie iaitu Ayam Bijan Panggang.
 ??  ?? DARI kiri: Quek, Sherry dan Ismail menunjukka­n cara penyediaan hidangan tempatan menggunaka­n produk Maggi.
DARI kiri: Quek, Sherry dan Ismail menunjukka­n cara penyediaan hidangan tempatan menggunaka­n produk Maggi.
 ??  ?? QUEK (kanan) dan Sherry (kiri) bergambar bersama hadiah utama, kedua dan ketiga peraduan Maggi Jom Masak & Menang.
QUEK (kanan) dan Sherry (kiri) bergambar bersama hadiah utama, kedua dan ketiga peraduan Maggi Jom Masak & Menang.
 ??  ?? ANTARA aktiviti yang disediakah khas untuk pengungjun­g dan pelanggan Maggi.
ANTARA aktiviti yang disediakah khas untuk pengungjun­g dan pelanggan Maggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia