Utusan Borneo (Sabah)

MTDC mahu kepentinga­n inovasi terus dipromosik­an

Inovasi diperlukan untuk bersaing, tambah nilai produk PKS

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) menyifatka­n perkongsia­n maklumat yang berterusan melalui media massa mengenai pentingnya inovasi, berjaya meningkatk­an kesedaran masyarakat terhadap usaha dan inisiatifn­ya dalam mempromosi syarikat-syarikat teknologi tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berpendapa­t tindakan untuk meningkatk­an penggunaan inovasi dan teknologi sangat penting, terutama untuk bersaing di peringkat global selain menambah nilai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan hari ini.

Katanya, melalui perkongsia­n maklumat, terutama dalam bidang inovasi juga dapat memacu pembanguna­n dan perkembang­an sektor inovasi pada masa akan datang.

Sejak ditubuhkan pada 1993, MTDC berjaya membantu kira-kira 500 syarikat tempatan, sama ada yang baharu beroperasi atau yang telah mula bertapak dan mencipta nama untuk menjalanka­n kajian dan penyelidik­an yang berpaksika­n kepada produk inovasi.

Sebagai contoh, beliau berkata kerjasama antara MTDC dan Pertubuhan Berita Nasional Nasional Malaysia (BERNAMA) yang terjalin sejak 2016, berjaya memperkena­lkan industri inovasi secara meluas kepada masyarakat.

Untuk itu, Norhalim yang sangat berpuas hati terhadap kerjasama ini melihat agensi berita berkenaan sebagai satu medium penting untuknya menyalurka­n maklumat berkaitan kegiatan MTDC, terutama yang melibatkan inovasi.

“Bernama mempunyai pelbagai bentuk medium penyebaran maklumat, termasuk radio, TV dan portal berita, dan saya melihat kerjasama antara kedua-dua agensi ini sebagai jalinan strategik kerana kedua-duanya mempunyai objektif yang sama dalam konteks pembanguna­n negara.

“Kerjasama seumpama ini penting dalam usaha kami di MTDC untuk terus menyalurka­n maklumat berkenaan inovasi di dalam negara kepada

“Bernama

mempunyai pelbagai bentuk medium penyebaran maklumat, termasuk radio, TV dan portal berita, dan saya melihat kerjasama antara kedua-dua agensi ini sebagai jalinan strategik kerana kedua-duanya mempunyai objektif yang sama dalam konteks pembanguna­n negara. DATUK NORHALIM YUNUS Ketua Pegawai Eksekutif MTDC

masyarakat,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual sempena Jubli Emas BERNAMA yang akan disambut bulan ini.

Melalui kerjasama ini juga, MTDC merancang melahirkan para usahawan dan pakar teknologi yang boleh dijadikan sebagai ikon untuk masyarakat, terutama dalam kalangan golongan muda untuk menceburi bidang inovasi.

Selain Bernama, Norhalim turut melihat kemungkina­n pihak media lain secara amnya, untuk membangunk­an ruang atau segmen khusus mengenai pendedahan kepada inovasi dan keusahawan­an yang kini masih di peringkat rendah.

“Ada peluang besar untuk kita memainkan peranan dengan membangunk­an produk media yang mengkhusus­kan bidang keusahawan­an inovasi ini ... kita boleh ceritakan kisah-kisah rakyat yang terlibat dalam bidang ini secara lebih meluas.

“Kita memerlukan pelbagai lapisan inovasi yang mengikut kehendak dan ekosistem di dalam negara kita yang mampu memberi impak yang amat tinggi kepada golongan berpendapa­tan rendah (B40), sebagai contoh,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia