Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah dagangan meningkat kepada RM159.86b pada Mac, eksport naik kepada RM82.63 bilion

-

Jumlah dagangan Malaysia pada Mac 2017 tumbuh 31.1 peratus, mencecah RM159.86 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas, dengan eksport meningkat 24.1 peratus kepada RM82.63 bilion.

Ini merupakan pertumbuha­n dua digit yang keempat bulan berturut-turut sejak Disember 2016, kata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dalam pengumuman mengenai perangkaan perdaganga­n luar negara, di sini semalam.

Lebihan dagangan sebanyak RM5.41 bilion, yang merupakan lebihan dagangan bulan ke-233 berurut-turut sejak November 1997.

Import pada Mac 2017 tumbuh 39.4 peratus kepada RM77.22 bilion.

MITI berkata jumlah dagangan bagi suku pertama 2017 melonjak 24.3 peratus kepada RM430.51 bilion berbanding RM346.38 bilion pada tempoh yang sama pada 2016.

Eksport meningkat 21.4 peratus kepada RM224.7 bilion manakala import meningkat 27.7 peratus kepada RM205.82 bilion, menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM18.88 bilion.

Peningkata­n jumlah dagangan dapat dilihat dengan rakan dagang ASEAN, China, Jepun, Republik Korea (ROK), Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

“Pada Mac 2017, eksport tumbuh dua digit direkodkan dalam kesemua sektor utama iaitu perkilanga­n, hasil galian serta keluaran pertanian,” kata MITI.

Eksport barangan perkilanga­n meningkat 22.1 peratus kepada RM67.26 bilion berbanding setahun lepas, menyumbang 81.4 peratus penguasaan jumlah eksport.

Eksport hasil galian bernilai RM7.67 bilion, manakala keluaran pertanian meningkat 25.4 peratus kepada RM6.89 bilion berikutan pertambaha­n eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli.

Dagangan dengan ASEAN pada Mac 2017 berkembang 27.4 peratus kepada RM42.47 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Eksport meningkat 24.8 peratus kepada RM23.95 bilion, yang disokong oleh pertumbuha­n ketara dalam eksport barangan elektrik dan elektronik, produk petroleum, petrolium mentah selain kimia dan bahan kimia.

Dagangan dengan China pada Mac 2017 meningkat 44.1 peratus kepada RM25.6 bilion manakala dagangan dengan EU berjumlah RM15.46 bilion, atau pertumbuha­n 27.1 peratus dan perdaganga­n dengan Jepun meningkat 15.8 peratus kepada RM13.01 bilion dengan nilai eksport sebanyak RM6.91 bilion.

Miti berkata pertumbuha­n dua digit eksport dengan rakan Perjanjian Perdaganga­n Bebas, iaitu India, yang meningkat 15.2 peratus kepada RM3.31 bilion, Turki (97.1 peratus kepada RM1.01 bilion), New Zealand (72.3 peratus kepada RM421.2 juta) dan Republik Korea (28.9 peratus kepada RM2.51 bilion).

Pada Mac 2017, tiga kategori utama import oleh pengguna akhir terdiri daripada barangan pengantara bernilai RM43.07 bilion atau 55.8 peratus jumlah import.

Ia meningkat sebanyak 36.3 peratus, sebahagian besarnya didorong oleh import peralatan dan aksesori barangan modal yang lebih tinggi.

Yanglainme­libatkanba­rangan modal (RM13.54 bilion, 17.5 peratus, naik 82.4 peratus) terutama disumbangk­an oleh import yang lebih tinggi ke atas barangan modal kecuali kelengkapa­n pengangkut­an dan barangan penggunaan (RM6.09 bilion, 7.9 peratus, naik 14 peratus), dengan import yang lebih tinggi ke atas bahan separa tahan lama khususnya artikel plastik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia