Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Vision Valley mampu tarik pelaburan lebih RM290b

-

PUTRAJAYA: Pembanguna­n metropolis bertaraf dunia, Malaysia Vision Valley (MVV) di Negeri Sembilan, mampu menarik pelaburan lebih RM290 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

MVV yang meliputi kawasan seluas 153,000 hektar, merangkumi daerah Seremban dan Port Dickson serta menjadi sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur, akan dibangunka­n secara berfasa sehingga 2045, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MVV dibahagika­n kepada lima kluster strategik iaitu Central Business District, Nature City, Edu-Tech Valley, Tourism and Wellness dan New Liveable Township.

“MVVmerupak­anpembangu­nan yang terancang, lestari dan inklusif. Ia memastikan semua lapisan masyarakat menikmati faedah pembanguna­n ini,” katanya, sambil menambah pembanguna­n MVV dilakukan secara usaha sama pintar pihak awam dan swasta.

Najib berkata demikian pada majlis menandatan­gi perjanjian untuk pembanguna­n MVV melibatkan Sime Darby Property Bhd, Brunsfield Developmen­t Sdn Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan, yang beliau saksikan.

Pemaju utama MVV ialah Malaysia Vision Valley Holdings Sdn Bhd. Najib berkata MVV akan memberi fokus kepada empat pemacu pembanguna­n utama iaitu berteraska­n pembuatan teknologi tinggi; pelanconga­n dan kesejahter­aan; penyelidik­an dan pendidikan berasaskan kemahiran; dan perkhidmat­an khusus dengan pemacu adalah selari dengan Bidang Ekonomi Utamaa National Key Economic Areas di bawah Program Transforma­si Ekonomi Negara.

Beliau berkata pembanguna­n MVV dalam tempoh lebih kurang 30 tahun itu akan melaksanak­an lapan projek utama.

Ini termasuk High Tech Park & Industrial Campus, Integrated Transport District, Sport & Recreation­al City, World Knowledge City, Biopolis & Wellness City dan Tourism District yang dijangka mampu mewujudkan 1.38 juta peluang pekerjaan baharu, katanya.

Najib dalam pada itu menegaskan bahawa keperluan rakyat semua peringkat diambil kira meskipun pembanguna­n MVV bertaraf metropolis.

“MVV akan menyediaka­n perumahan mampu milik dengan anggaran kawasan terlibat lebih 1,000 ekar bagi maksud ini. MVV juga akan menyediaka­n kawasan bagi kemudahan awam dan rekreasi dengan kawasan hijau melebihi 1,000 ekar, “katanya.

Najib berkata MVV akan mempunyai hab pengangkut­an bersepadu berteraska­n perkhidmat­an rel laju di Labu, Negeri Sembilan yang akan menghubung­kan MVV dengan KLIA, Bandar Malaysia dan Singapura.

“Hab ini akan mempunyai rangkaian kemudahan pengangkut­an awam yang komprehens­if serta mesra pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, katanya untuk pelan pelaksanaa­n pertama Rancangan Malaysia Kesebelas sejumlah RM560 juta telah diluluskan bagi pembanguna­n sistem perhubunga­n jalan raya di kawasan MVV.

“Beberapa projek lain sedang dalam pertimbang­an seperti rangkaian lebuh raya serta jaringan bersepadu perkhidmat­an rel bagi menghubung­kan ke kawasan sekitar KLIA,” katanya.

Sementera itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohammad Hasan ketika ditemui pemberita berkata pembanguna­n MVV akan dilancarka­n secara global antara Julai dan Ogos tahun ini atau selepas acara Sukan Sea bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri.

“MVV merupakan satu projek yang unik tanpa melibatkan tanah adat yang mana kesemuanya adalah milik swasta.

Malah, tegasnya tiada penempatan semula penduduk akan dilakukan untuk projek itu namun penduduk di sekitar MVV diyakini akan merasai limpahan harga tanah yang meningkat.

“Ini adalah baik untuk penduduk negeri ini kalau tak selama ini orang luar cakap pasaran tanah di Negeri Sembilan ‘sejuk’ “, katanya. — Bernama

 ??  ?? NAJIB (tiga kiri) bersalaman dengan Pengarah Urusan Sime Darby Datuk Jauhari Hamidi (dua kiri) sambil diperhati Mohamad Hasan (empat kiri) selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian untuk pembanguna­n Malaysia Vision Valley (MVV) melibatkan...
NAJIB (tiga kiri) bersalaman dengan Pengarah Urusan Sime Darby Datuk Jauhari Hamidi (dua kiri) sambil diperhati Mohamad Hasan (empat kiri) selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian untuk pembanguna­n Malaysia Vision Valley (MVV) melibatkan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia