Utusan Borneo (Sabah)

Pos Malaysia, Lazada bangunkan Pusat Pengedaran Serantau e-Dagang

-

Pusat Pengedaran Serantau e-Dagang bernilai RM60 juta akan diwujudkan di Sepang, Selangor, melalui kerjasama antara Pos Malaysia Bhd dan Lazada (M) Sdn Bhd.

Kedua-duanya menandatan­gani Memorandum Kerjasama (MoC) kelmarin bagi tujuan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pusat itu, akan ditempatka­n di terminal penerbanga­n tambang rendah sebelum ini, akan memberi perkhidmat­an dengan nilai tambah seperti penyelesai­an pengangkut­an udara-lautdarat, pemindahan antarabang­sa, perkhidmat­an pos dan kurier serta kemudahan gudang.

“Pusat pengedaran itu boleh mengendali­kan 182,000 tan barangan. Kami menyasarka­n 34 juta barangan pada tahun depan diikuti 64 juta pada 2019,” katanya kepada pemberita selepas pemeteraia­n MoC di sini.

MoC ditandatan­gani oleh Mohd Shukrie dan Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel.

Mohd Shukrie berkata kerja-kerja pengubahsu­aian dijangka bermula minggu depan dan pusat itu dijadualka­n mula beroperasi pada 31 Ogos.

“Hab itu dijangka memberi manfaat kepada penggiat edagang tempatan dan antarabang­sa serta pelanggan di 30 buah negara di rantau Asia Pasifik.

“Pada masa sama, perjanjian kerjasama itu akan turut menyaksika­n penubuhan hab e-penunaian serantau berpangkal­an di Sepang,” katanya.

Mohd Shukrie berkata Malaysia Airports Holdings Bhd memperuntu­kkan dua pertiga daripada ruang terminal kirakira 430,000 kaki persegi bagi hab tersebut dan 330,000 kaki persegi bagi Pusat Pengedaran Lazada.

POS Malaysia akan membiayai kos infrastruk­tur, dengan Lazada menyokong kerjasama selama lima tahun dengan kepakaran eDagangnya, pengendali­an barangan dan latihan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia