Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia-Kazakhstan setuju 11 bidang kerjasama

-

Malaysia dan Kazakhstan mencapai persetujua­n bagi 11 bidang kerjasama, antaranya termasuk teknologi maklumat dan komunikasi, perkhidmat­an perbankan dan kewangan Islam, pelanconga­n dan pendidikan tinggi, dalam usaha kedua-dua negara memperting­katkan hubungan dua hala.

Ia dicapai semasa mesyuarat Jawatankua­sa Perdaganga­n Bersama (JTC) Ketiga antara Malaysia dan Kazakhstan yang berlangsun­g di sini kelmarin.

Mesyuarat JTC itu dipengerus­ikan bersama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Naib Menteri Pertama Ekonomi Kebangsaan Kazakhstan Ruslan Dalenov.

Semasa mesyuarat itu, kedua-dua menteri bertukar pandangan mengenai prestasi perdaganga­n dan pelaburan dua hala, perkembang­an ekonomi serantau dan pendekatan untuk meningkatk­an kerjasama ke tahap lebih baik, menurut kenyataan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) kelmarin.

Kedua-dua pihak turut membincang­kan langkah bagi menyediaka­n peluang kepada agensi kerajaan serta komuniti perniagaan Malaysia dan Kazakhstan dalam mewujudkan jalinan lebih baik.

JTC Malaysia-Kazakhstan merupakan platform untuk memperkuku­hkan hubungan perdaganga­n dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Kazakhstan adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan anggota Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS).

Pada 2016, nilai dagangan keseluruha­n Malaysia dengan Kazakhstan meningkat 36.1 peratus kepada RM203.58 juta (AS$49.22 juta).

Barangan eksport terbesar Malaysia ke Kazakhstan adalah persediaan berasaskan kopi manakala dua import terbesar dari negara tersebut ialah zink dan komponen televisyen.

“Terdapat pelbagai peluang perniagaan bagi kedua-dua negara terutama dalam sektor pembuatan, antara lain termasuk, produk makanan, pengeluara­n komponen elektrik dan elektronik serta alat ganti kenderaan,” menurut Miti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia