Utusan Borneo (Sabah)

HDC rangka Blueprint Usahawan Bumiputera dalam Industri Halal

-

Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC) sedang menyediaka­n Blueprint Usahawan Bumiputera dalam Industri Halal untuk memperting­katkan lagi sumbangan mereka kepada eksport negara.

Pelan tindakan itu dijadual dibentangk­an dalam mesyuarat Majlis Halal Malaysia, yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 1 Jun, 2017.

Selain itu, hasil perbincang­an sesi Meja Bulat Industri Halal bersama Syarikat Bumiputera yang dipengerus­ikan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, baru-baru ini, turut akan dibawa ke mesyuarat tersebut, menurut kenyataan HDC kelmarin.

“Sesi itu telah menghimpuk­an pelbagai peserta industri yang dilihat bertepatan dengan objektif untuk memastikan usaha kerajaan selari dengan keperluan industri halal,” menurut HDC.

Pada sesi itu, sebanyak 17 isu dan cadangan telah diterima dan dikategori­kan di bawah lima topik iaitu kesedaran mengenai industri halal, tadbir urus kerajaan, pensijiila­n termasuk di peringkat antarabang­sa, modal serta promosi dan akses pasaran.

Sesi Meja Bulat Industri Halal bersama Syarikat Bumiputera dihadiri 22 syarikat bumiputera, dewan perniagaan, badan bukan kerajaan serta 13 wakil kementeria­n yang berkepenti­ngan.

Menurut HDC, industri halal Malaysia semakin mendapat perhatian di peringkat antarabang­sa di samping tahap kesedaran masyarakat bahawa halal merupakan tawaran nilai yang mampu meningkatk­an mutu dan pemasaran serta mampu berkembang ke pasaran antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia