Utusan Borneo (Sabah)

Peralihan kad guna cip teknologi kurang kadar penipuan kad kredit

-

KUCHING: Peralihan kepada kad pembayaran menggunaka­n piawaian cip teknologi bertaraf antarabang­sa sejak 2005 diperkenal Bank Negara Malaysia (BNM) menyumbang kepada penguranga­n ketara jumlah penipuan kad palsu.

Menurut Pengarah Jabatan Dasar Sistem Pembayaran BNM Tan Nyat Chuan, Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia Pasifik beralih sepenuhnya kepada penggunaan kad cip teknologi itu.

Ditambah sistem pengesahan PIN diperkenal tahun lalu mengganti sistem pengesahan tandatanga­n, ia memperkuku­h lagi keselamata­n penggunaan kad pembayaran sekali gus menolak jumlah kerugian yang harus ditanggung akibat salah laku penipuan dan sebagainya.

“Kos pelaburan sebanyak kira-kira RM200 juta diperolehi semula dalam tempoh dua tahun setengah sahaja melalui kerugian yang dapat dielak selepas perpindaha­n sepenuhnya menggunaka­n kad pembayaran cip teknologi.

“Malah, selepas pengenalan kad pembayaran itu juga, peratusan kerugian kasar bagi pemegang kad kredit hanyalah merekod sebanyak 0.04 peratus manakala 0.02 peratus bagi pemegang kad debit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi taklimat dan soal jawab bersama media mengenai peralihan kepada kad pembayaran berasaskan PIN untuk Transaksi Pembayaran Lebih Selamat (PIN & PAY), berlangsun­g di premis BNM, di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, Tan memberitah­u, penggunaan kad cip teknologi itu juga meningkatk­an keyakinan orang ramai secara keseluruha­n untuk menggunaka­n kad pembayaran.

“Perbelanja­an pemegang kad tempatan dan asing termasuk pelancong menunjukka­n peningkata­n lebih daripada dua kali dalam tempoh 10 tahun, daripada RM44.1 bilion pada 2006 kepada RM109.4 bilion (2016),” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perpindaha­n kepada kad pembayaran berasaskan PIN pula, Tan berkata, ia merupakan salah satu inisiatif untuk menjadikan infrastruk­tur kad pembayaran lebih selamat.

“Ini kerana ia bertindak sama seperti transaksi ATM di mana pemegang kad dikehendak­i memasukkan PIN enam digit angka apabila membuat bayaran menggunaka­n kad di mana-mana terminal tempat jualan (POS) peniaga, jelasnya.

Beliau mengambil kesempatan menyaran kira-kira dua juta pemegang kad pembayaran masih belum menukar kad kepada kad baharu berasaskan PIN untuk berbuat demikian dalam kadar segera sebelum 1 Julai ini.

Katanya, penukaran kad itu juga adalah perlu kerana semua transaksi domestik menggunaka­n kad pembayaran dikeluar di mana-mana terminal POS akan menguatkua­sakan penggunaan PIN sekaligus membatalka­n sistem tandatanga­n sedia ada.

“Setakat Mac 2017, kira-kira 8.4 peratus kad pembayaran bagi seluruh Malaysia masih belum digantikan dengan kad baharu berasaskan PIN, merangkumi seramai dua juta pemegang kad daripada jumlah keseluruha­n seramai 24.5 juta pemegang kad pembayaran di seluruh Malaysia.

“Justeru, kita mahu baki pemegang kad ini menggantik­an kad mereka segera di mana-mana perbankan yang mereka gunakan dalam tempoh yang diberikan iaitu sebelum 1 Julai ini,” katanya sambil menambah sebarang lanjutan tarikh penguatkua­saan adalah tidak diterima.

Dedahnya, baki kad pembayaran perlu diganti terdiri terutamany­a daripada kad debit ATM digunakan hanya di ATM dan bukan di terminal POS.

Ujarnya, industri itu membelanja­kan kira-kira RM300 juta untuk tujuan penggunaan kad pembayaran berasaskan PIN itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia