Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif kerajaan bantu usahawan jana pendapatan

-

LIMBANG: Karnival Usahawan Mikro Kebajikan merupakan lubuk rezeki bagi usahawan terdiri daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjana pendapatan dalam perniagaan sekali gus mengeluark­an mereka daripada kepompong kemiskinan.

Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti Dr Abdul Rahman Ismail berkata, melalui karnival mini itu usahawan mikro zon utara terlibat memasarkan produk perniagaan masingmasi­ng.

“Kita yakin melalui karnival mini ini, usahawan tempatan dapat memasar produk tempatan berkualiti. Kita menyasar memperoleh­i jualan berjumlah RM50,000 daripada hasil perniagaan produk usahawan mikro di bawah jenama Wellbest sepanjang tiga hari karnival mini itu berlangsun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Mini Karnival Usahawan Mikro Kebajikan 2017 Zon Utara di Dataran Jubli Emas Limbang pada Jumaat.

Turut hadir ialah Wakil Pengarah JKMNS Zainal Taram,wakilPegaw­aiDaerah Limbang Hamidah Halpi, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang Haslinda Supu dan jemputan lain.

Seramai 39 peserta dari Miri, Limbang, Lawas dan Bintulu menyertai karnival mini itu.

Dr Abdul Rahman yang juga Adun Bukit Kota berkata karnival mini satu usaha berterusan kerajaan menbantu usahawan menjana pendapatan selain memotivasi­kan diri dalam meningkatk­an potensi mereka.

“Ini juga merupakan satu peluang kepada mereka melihat kekurangan dan kelebihan masing-masing dalam dunia perniagaan, selain meningkatk­an daya saing dan kebolehpas­aran produk ke peringkat lebih jauh,” ujarnya.

Beliau turut menyasarka­n untuk mengurangk­an separuh daripada penerima bantuan bulanan JKM menjelang 2030.

Katanya bilangan penerima bantuan yang agak ramai di negeri ini memberi peluang kepada jabatan melahirkan ramai usahawan mikro kebajikan dalam usaha mengurangk­an senarai penerima bantuan bulanan JKM.

Justeru katanya Karnival usahawan mikro kebajikan merupakan inisiatif yang dilakukan JKM bagi menyediaka­n platform kepada usahawan Mikro dalam mempromosi dan memasarkan produk jualan mereka secara terbuka.

“Setakat ini penerima bantuan seramai 56,000 orang seluruh negeri dan separuh daripada jumlah itu terdiri mereka masih produktif serta mempunyai kemahiran tertentu dalam bidang makanan jahitan.

“Justeru, kita mengeluar mereka daripada senarai penerima bantuan agar mereka dapat berdikari dan terlibat dalam perniagaan,” katanya.

JKM katanya lagi akan sentiasa bekerjasam­a dengan agensi lain dalam memberi pendedahan kepada bakal usahawan sama ada segi bantuan modal ataupun kepakaran meningkatk­an produk yang dihasilkan.

Tambahnya daripada aspek modal perniagaan JKM menyediaka­n bantuan geran pelancaran sebanyak RM5,000 bagi memulakan perniagaan.

 ??  ?? ZAINAL (kiri), Dr Abdul Rahman, Hamidah (empat kiri), Haslinda (kanan) dan yang lainnya menunjukka­n produk tempatan keluaran Limbang dan Lawas yang mendapat sambutan.
ZAINAL (kiri), Dr Abdul Rahman, Hamidah (empat kiri), Haslinda (kanan) dan yang lainnya menunjukka­n produk tempatan keluaran Limbang dan Lawas yang mendapat sambutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia