Utusan Borneo (Sabah)

Kemarau: Penduduk Kampung Beting Maro lega menerima 1,284 kotak air mineral

-

KABONG: Penduduk Kampung Beting Maro yang dilanda kemarau menarik nafas lega selepas menerima 1,284 kotak air mineral daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), awal pagi Jumaat.

Jurucakap JKM Saratok Senerita Nawi Usan berkata, bantuan tersebut dihulur kepada 613 penduduk yang mengalami kekurangan sumber air bersih.

“Pada 3 Mei lepas, kita menerima maklumat daripada penduduk Kampung Beting Maro yang memohon bantuan bekalan air bersih kerana kawasan kampung mereka di landa kemarau.

“Justeru, JKM bertindak menghantar bantuan segera kepada penduduk. Penghantar­an air mineral ini merupakan pertama dibuat tahun ini untuk Kampung Beting Maro.

“Sebagai langkah susulan, JKM merancang menghantar bekalan air mineral ke kampung berhampira­n, iaitu Kampung Paloh yang mengalami musibah sama, esok (hari ini),” katanya.

Senerita menjelaska­n, penghantar­an air mineral itu dibuat menggunaka­n lori melalui Jeti Kabong sebelum dibawa menaiki bot untuk diagihkan kepada penduduk kampung.

Untuk rekod, kedua-dua kampung tersebut belum mempunyai kemudahan bekalan air paip dan kini terjejas teruk akibat kemarau.

Sementara itu, Ketua Kampung Beting Maro Amin Sujang berkata, ketiadaan hujan sejak beberapa hari lepas menyebabka­n bekalan airbersihp­endudukkam­pung kian berkuranga­n.

“Justeru, penduduk mengadakan mesyuarat tergempar. Hasil mesyuarat, penduduk sebulat suara memohon bantuan jabatan kerajaan berkaitan agar menghantar bekalan air bersih, khasnya sebagai minuman.

“Sebelum ini, penduduk bergantung­kepadaairs­ungai, sumber air dari parit ban dan telaga untuk mendapatka­n air bagi kegunaan harian, jika air takungan atau tangki simpanan yang dikumpul semasa hujan telah habis digunakan,” katanya.

Tambahnya, penduduk melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak JKM yang telah bertindak pantas dalam menghulurk­an bantuan kepada penduduk.

 ??  ?? PENDUDUK Kampung Beting Maro memunggah air mineral dari lori.
PENDUDUK Kampung Beting Maro memunggah air mineral dari lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia