Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n sedia kerjasama bikin filem tentang kanakkanak istimewa

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedia bekerjasam­a dengan pembikin filem tempatan dan antarabang­sa dalam pembikinan filem mengenai kanak-kanak istimewa.

Mengambil contoh filem ‘Redha’ yang mengisahka­n kehidupan kanakkanak autisme, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata filem itu membawa mesej yang besar kepada para penonton.

“Saya difahamkan bahawa filem ‘Redha’ telah merangkul banyak anugerah termasuk di Festival Filem Filipina 2016, Festival Filem Rusia 2016 selain turut mewakili Malaysia ke Anugerah Academy Ke-89 (Oscar) Februari tahun ini.

“Terdapat banyak lagi sudut kehidupan lain kanak-kanak istimewa yang boleh difilemkan untuk mesej yang lebih berkesan kepada masyarakat yang boleh diusaha sama antara kementeria­n dan pembikin filem,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program dialog filem mengenai Kebangkita­n Pembikin Filem Kreatif Wanita Asean di White Baruk, Tebingan Kuching di sini pada Jumaat.

Program dialog itu merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dianjurkan sempena Anugerah Festival Filem Antarabang­sa Asean (AIFFA) 2017 yang berlangsun­g di bandar raya ini bermula 4 hingga 6 Mei.

Tambah Rohani yang merupakan hos dialog itu, pada 4 April yang lepas Parlimen Malaysiate­lahmelulus­kanRang Undang-Undang KesalahanK­esalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Rang undang-undang ini menurut Rohani adalah bagi melindungi kanak-kanak di negara ini daripada jenayah seksual.

“Jika rang undangunda­ng ini difilemkan, saya yakin masyarakat akan lebih memahami mengenai undang-undang ini berbanding dengan pendekatan biasa seperti program ceramah dan sebagainya.

“Dengan 600 juta penonton dalam Asia, jika undangunda­ng ini difilemkan dengan jalan cerita yang menarik, mesej yang ingin kita sampaikan pasti lebih mudah difahami dan sampai kepada masyarakat bukan sahaja dalam Asia tetapi juga seluruh dunia,” katanya.

Dialogitud­isertaiemp­atpanel terdiri dari kalangan pembikin filem wanita terkemuka antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba (Malaysia), Marrie Lee (Singapura), Mattie Do (Laos) dan Siti Kamaluddin (Brunei Darussalam).

Ia dikendalik­an oleh Timbalan Pengarah Kreatif Media dan Teknologi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Maszalida Hamzah selaku moderator.

Beberapa barisan pelakon terkenal turut hadir pada dialog itu antaranya Kavita Kaur dan juga penerbit filem terkenal Datuk David Teo serta Norman Abdul Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia